awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib: Pelan ambil alih projek NFC ditamatkan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/10/2013
08:42 MYT
Najib: Pelan ambil alih projek NFC ditamatkan
Pelan pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) oleh sebuah syarikat konglomerat Jepun tidak akan direalisasikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ini adalah kerana pihak kerajaan dan Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) tidak dapat mencapai persetujuan mengenainya dan rundingan tersebut telah ditamatkan.
“Kerajaan pada 19 April 2013 telah bersetuju untuk memulakan satu rundingan dengan KASB iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Group untuk mengambil alih NFC.
“Syarikat ini dipilih berdasarkan kepada persetujuan mereka untuk menyuntik modal sebanyak RM20 juta. Persetujuan ini juga adalah satu usaha untuk memulihkan projek NFC.
“Bagi tujuan tersebut, KASB menawarkan untuk mengambil alih kesemua aset dan liabiliti NFC.
Kerjasama ini adalah bagi memastikan projek NFC dapat diteruskan untuk menjamin bekalan daging negara mencukupi dan selaras dengan objektif penubuhannya.
“Namun, sehingga kini kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan dan rundingan itu telah ditamatkan,” kata Najib dalam satu jawapan bertulis kepada Parlimen.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Dalam pada itu Pua, dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata jawapan Najib tidak dapat diterima. “Siapa akan membayar hutang NFC dan bagaimana ia akan dilakukan?” Pua bertanya.
Pua, yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut berkata laporan terhadap penyalahgunaan dana awam RM250 juta bagi projek NFC akan dibentangkan di Parlimen selepas ahli PAC bersetuju dengan perkara itu.
Tambahnya, laporan berkenaan sudah disiapkan dan pendedahan berkenaannya akan dilakukan selepas sidang Dewan Rakyat tamat.
Topic Berkaitan
#Fidlot Nasional
#Najib Razak
#Parlimen
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan