awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta mulai tengah hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib perlu fail permohonan untuk diwakili Peguam Diraja selewat-lewatnya akhir Mei

Bernama
Bernama
08/04/2022
13:02 MYT
Najib perlu fail permohonan untuk diwakili Peguam Diraja selewat-lewatnya akhir Mei
Timbalan Pendakwa Raya berkata, jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memfailkan permohonan untuk melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya bagi kes membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada akhir Mei.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mengesahkan perkara itu, berkata jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
"Sementara itu, pendengaran rayuan utama akan ditetapkan selepas permohonan QC dimuktamad. Pembelaan akan menulis kepada mahkamah untuk memaklumkan tarikh yang sesuai untuk QC menghadiri pendengaran rayuan utama selewat-lewatnya pada 18 April.
"Pembelaan turut memohon pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen bagi rayuan utama selama dua minggu lagi. Bagaimanapun, mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan permohonan rasmi selewat-lewatnya pada 11 April," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding maya yang berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussof dan Siti Hajar Mustaffa.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Najib kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#peguam diraja
#SRC International
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan