Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat dan tentera perlu berganding bahu dalam satu ikatan kukuh, supaya rakyat lebih menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan itu dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
Perdana Menteri berkata tindakan pihak tertentu terutamanya parti pembangkang yang memperlekehkan pengorbanan anggota tentera, jelas menunjukkan mereka tidak langsung menghargai apa yang dilakukan pasukan keselamatan selama ini.
"Bahawa hasrat kerajaan perjuangkan dasar transformasi nasional adalah berpaksi kepada keselamatan negara yang dijaga sebaik mungkin."
Jika tergugat, keadaan negara jadi tidak menentu, pelabur tidak akan melabur, Bursa Saham akan jatuh, perancangan pembangunan tidak mungkin jadi kenyataan," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Angkatan Tentera di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata sejak operasi terakhir tentera pada penghujung 1989 (menangani ancaman komunis), tentera negara tidak berdepan dengan ancaman yang serius dan rakyat mungkin memandang mudah terhadap aspek keselamatan negara.
"(Keamanan) anggap sesuatu yang semula jadi kerana tarikh terakhir melakukan operasi ketenteraan adalah pada penghujung 1989, sejak itu kita lakukan latihan demi latihan tapi tidak berdepan (ancaman) serius, bila berlaku ancaman Lahad Datu, ianya satu kejutan di kalangan rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata tindakan parti pembangkang mempertikai kewibawaan dan menghina pasukan keselamatan ketika berdepan ancaman di Lahad Datu, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.
Beliau berkata tuduhan bahawa apa yang berlaku di Sabah sebagai satu sandiwara dan mempertikaikan Majlis Fatwa yang mengatakan perwira yang terkorban sebagai mati syahid akhirat juga amat dikesali.
"Ini merupakan usaha menjatuhkan moral tentera dan polis," katanya.
Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia itu, turut diadakan di 32 pangkalan tentera lain, dalam usaha mendekatkan rakyat dengan pasukan keselamatan itu.
Perdana Menteri berkata sokongan padu rakyat terhadap pasukan keselamatan dan anggota keselamatan yang berwibawa menjadi tunjang kepada kejayaan transformasi negara.
Beliau berkata keamanan dan keselamatan negara adalah tunjang dan merupakan tiang seri dalam sesebuah negara untuk mencapai kejayaan.
"Ada dua komponen bagi memastikan keselamatan negara dalam keadaan terbaik iaitu daya kepimpinan dan keberanian anggota keselamatan yang dilengkapi dengan peralatan sebaik mungkin serta sokongan padu rakyat yang berdiri teguh di belakang anggota keselamatan," katanya.
Bernama
Sat Apr 06 2013
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.