Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56 pagi ini jelas menunjukkan semangat cinta rakyat kepada negara selaras tema "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya berasa seolah-olah bulu roma saya meremang, melihat betapa besarnya semangat patriotik yang dapat kita lihat," katanya kepada para peserta sejurus selepas tamat perarakan dan perbarisan di Dataran Merdeka, di sini.
Sambil diiringi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, selaku pengerusi jawatankuasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, beliau merakamkan rasa syabas dan terima kasih kerajaan kepada pelbagai jawatankuasa sambutan, anggota pasukan keselamatan, agensi kerajaan dan swasta serta para pelajar yang mengambil bahagian .
Katanya, tema itu amat tepat kerana "kita lahir di bumi Malaysia, kita membesar di bumi Malaysia, kita mencari rezeki di bumi ini dan insya-Allah akan disemadikan di bumi Malaysia ini."
Ia juga membawa pengertian besar kepada kemerdekaan yang menuntut rakyat mempertahankan nilai kemerdekaan itu dengan jiwa raga dan nyawa mereka, katanya.
Najib turut berharap agar semangat patriotik yang dipamerkan rakyat hari ini terus diwarisi khususnya dalam kalangan generasi muda demi membawa negara ke puncak kejayaan sebagai sebuah negara maju.
Beliau turut memuji pertunjukan yang dipersembahkan pada hari ini khasnya anggota keselamatan yang mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan di
Lahad Datu, Sabah baru-baru ini yang disifatkan dapat memperkasakan semangat cintakan negara di setiap sanubari rakyat Malaysia.
"Inilah harapan kita, harapan kesinambungan perjuangan agar semangat patriotik itu kita sematkan dalam setiap lubuk hati kita bahawa kita adalah warga Malaysia yang cintakan negara," katanya.
Bernama
Sat Aug 31 2013
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Najib: Sambutan Kemerdekaan cerminkan semangat cintakan negara
Najib turut berharap agar semangat patriotik yang dipamerkan rakyat hari ini terus diwarisi khususnya dalam kalangan generasi muda.