awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tiba di Vietnam untuk lawatan rasmi tiga hari

Bernama
Bernama
04/04/2014
00:01 MYT
Najib tiba di Vietnam untuk lawatan rasmi tiga hari
Najib disambut mesra oleh delegasi dari Vietnam sejurus tiba di lapangan terbang Antarabangsa No Bai, Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari di Vietnam.
Beliau yang berlepas dari Perth, Australia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa No Bai, di sini pada pukul 9.30 malam waktu tempatan.
Ketibaan Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman disambut oleh Duta Besar Malaysia di Vietnam Datuk Azmil Zabidi, Timbalan Menteri Luar Vietnam Pham Quang Vinh dan Duta Vietnam ke Malaysia Nguyen Hong Thao.
Perdana Menteri kemudian terus dibawa ke hotel penginapan di sini.
Di situ, Najib disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain kakitangan kedutaan Malaysia di sini.
Esok, Najib dijadual mengunjungi Presiden Vietnam, Truong Tan Sang di Istana Presiden sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung.
Selepas itu perdana menteri akan melawat dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Annur di sini sebelum merasmikan projek perumahan dan perbandaran Gamuda City di sini, bernilai US$3 bilion (RM9.85 bilion) yang dimajukan syarikat Gamuda Berhad dari Malaysia.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan