Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan pertuduhan baharu esok.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM, Najib akan dituduh esok di Mahkamah Kuala Lumpur berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
“Najib juga akan dituduh pada 8 Ogos 2018 di Mahkamah Kuala Lumpur bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
“Pertuduhan adalah berkaitan kes SRC International. Pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara,” memetik kenyataan itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan bahawa Najib tidak ditahan.
Ujarnya, Najib dipanggil hari ini adalah untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.
“Beliau tak ditahan. Kami ambil keterangan dan beri arahan supaya beliau hadir ke mahkamah esok,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sumber terdekat SPRM memaklumkan bahawa terdapat tiga bertuduhan baharu yang akan didakwa ke atas Najib esok.
Najib sebelum itu hadir kira-kira pukul 4.57 petang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan dirakam percakapan selama 45 minit.
Beliau turut ditemani barisan peguam diketuai Tan Sri Shafee Abdullah.
Peguam Negara, Tommy Thomas dalam sidang media pada April lalu, berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya terdapat lagi kertas siasatan baharu diberikan SPRM.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah SesyenKuala Lumpur atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Esok ditetapkan bagi sebutan kes berkenaan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 07 2018
Najib dipanggil hari ini adalah untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Sabitan, hukuman penjara bekas akauntan Kumpulan Asia Media kekal - SC
Ong memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2020, namun mahkamah itu mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya.
Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas - Muhyiddin
LTTE masih lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Shahrir Samad mengaku tidak bersalah
Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mencabar Seksyen 41(A) Akta SPRM dan Seksyen 71 AMLA 2001.
Rosmah perlu isytihar perolehan hartanya
Hakim menerima hujahan pendakwaan mengikut Seksyen 48(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
SPRM tahan pegawai kanan polis terlibat pengubahan wang haram
SPRM hari ini menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM17,000.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
Ahmad Zahid enggan diikat jamin, rela bermalam di lokap SPRM - Isteri
Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan SPRM.
Najib dibawa ke JSJK selepas ditahan SPRM lebih 16 jam
Najib yang ditahan sejak jam 4 petang semalam dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.
Najib tidak ditahan, dijangka didakwa esok - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan pertuduhan baharu esok.