awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tinggalkan Istana Kehakiman menuju Kajang

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/08/2022
10:22 MYT
Najib tinggalkan Istana Kehakiman menuju Kajang
Kenderaan yang membawa Najib Razak menuju Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, di sini, sekitar pukul 5.40 petang.
Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak keluar di pintu yang mana lebih 100 penyokong berkumpul, sebaliknya, menggunakan pintu lain, di seberang tempat penyokong beliau berkumpul.
Hanya kenderaan membawa keluarga beliau termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar di pintu berhampiran parkir pelawat dan kakitangan Istana Kehakiman.
Beliau juga sempat membuka tingkap dan melambai kepada penyokong yang berada di luar yang melaungkan "Datin Seri" dan "Bossku".
Dua buah trak juga dilihat keluar meninggalkan kompleks mahkamah dan ketika kedua-duanya keluar, keadaan sedikit gamat apabila penyokong dan media menyangka Najib berada di dalam trak tersebut, namun, bekas Perdana Menteri itu tiada di dalam trak tersebut.
Penyokong beliau juga bertambah hampa apabila mengetahui Ahli Parlimen Pekan itu keluar menggunakan pintu lain.
Media difahamkan, beliau menuju ke Kajang selepas meninggalkan Istana Kehakiman.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Najib bersalah
#Najib dipenjara 12 tahun
#Tengku Maimun Tuan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan