Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet Perikatan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin.
"Kabinet sudah pun diumumkan. Tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik," tulisnya dalam laman sosial Facebook 'Najib Razak'.
Beliau turut menyenaraikan beberapa bidang yang mengalami impak besar akibat krisis ekonomi antaranya pekerjaan, pendapatan, kewangan kerajaan, bantuan rakyat, mata wang ringgit, perdagangan, hubungan luar, pendidikan, orang luar bandar dan pembangunan.
"Pemimpin kita semua berhadapan dengan cabaran besar. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengatasi segala cabaran ini. Insya-Allah," katanya.
Sementara itu, media sosial dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi ucapan tahniah kepada barisan menteri Kabinet baharu.
Muhyiddin mengumumkan Kabinet seramai 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri tetapi menamakan empat menteri kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas perdana menteri.
"Congratulations Sir, practical dan efficient line-up. (Tahniah Yang Berhormat, praktikal dan barisan cekap) Semoga cekal untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan," tulis Azrai Johana dalam laman Facebook Muhyiddin.
"Alhamdullilah. Tahniah TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin), semoga yang dilantik memikul amanah yang diberi sebaik yang mungkin. #TPM buat masa ini tidak ada keperluan. Terbaik," tulis Mohd Andy Yaacob dalam Facebook.
"I would like to congratulate all the cabinet ministers appointed. All ministers have been filtered by SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) and PDRM (Polis Diraja Malaysia). With this new coalition and appointment I hope this new government will focus more on better development. #cabinet," tulis @ainisshaffy dalam Twitter.
(Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua menteri dilantik dalam Kabinet. Semua menteri telah disaring oleh SPRM dan PDRM. Dengan gabungan baharu dan pelantikan, saya harap kerajaan baharu akan lebih tumpu kepada pembangunan yang lebih baik).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
NAJIB: Pemimpin kita semua berhadapan dengan cabaran besar. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengatasi segala cabaran ini. Insya-Allah. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.