"Nak ayah", itu ungkapan Muhamad Meqa Al Asyraf, 10 bulan, ketika melihat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lengkap beruniform di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM, di sini hari ini bersempena Majlis Penghargaan Wira Merah.
Muhamad Meqa, anak bongsu anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM, Allahyarham Mohd Fatah Hashim yang terkorban ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada 3 Okt lepas.
Ibu bayi itu, Noor Nadia Kamaludin, 29 tahun, berkata anak bongsu itu sering mencari-cari ayahnya khususnya apabila melihat anggota bomba yang lengkap beruniform.
"Sejak anggota bomba mengambil kami dari rumah sehingga ke sini, dia (Muhamad Meqa) asyik sebut nak ayah.. nak ayah. Mungkin ini disebabkan dia selalu tengok ayahnya memakai uniform yang sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis itu.
Pada majlis itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyampaikan sumbangan daripada Tabung Wira Merah kepada enam pewaris anggota PPDA yang terkorban semasa menjalankan tugas SAR itu.
Selain itu, turut diumumkan kesemua enam anggota PPDA yang terkorban juga dinaikkan pangkat secara "posthumous" dari Gred KB19 ke KB22.
Noor Nadia berkata Muhamad Meqa dan kakaknya Nur Medina Aisyah, 3 tahun, sangat rapat dengan allahyarham dan kedua-dua anak itu masih sekali-sekala mencari-cari ayah mereka.
"Pada mulanya, Muhamad Meqa tidak berapa tidur pada waktu malam dan sering menangis dan mencari ayah.
"Apabila kami bertiga buat kali pertama kembali ke rumah di Pelabuhan Klang, Nur Medina terbangun pada 4 pagi mencari ayah... mungkin dia mimpi ayahnya. Saya memujuknya dengan memberitahu bahawa ayah sudah tiada. Selepas kejadian itu, kakak seolah-olah sudah faham ayahnya sudah tiada. Sekarang, dia selalu mengelak sebaik nampak benda yang berkaitan bomba," katanya.
Dalam kejadian 3 Okt lepas , enam anggota PPDA lemas ketika operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17 tahun, yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, yang kemudiannya ditemukan mati lemas.
Berterima kasih kepada JBPM dan kerajaan, Noor Nadia berkata sumbangan yang disampaikan itu akan digunakan untuk pendidikan kedua-dua anaknya pada masa akan datang,
Beliau yang menghidap penyakit tiroid berkata buat masa ini, beliau dan kedua-dua anak perlu membiasakan diri tanpa suami dan ayah di sisi untuk meneruskan hidup.
Suasana pilu menyelubungi Dewan Sutera apabila video montaj ketika upacara pengebumian jenazah enam anggota PPDA yang terkorban disiarkan dengan waris dan anggota bomba dilihat menitiskan air mata.
Sementara itu, pada sidang media, Zuraida berkata setiap pewaris menerima manfaat insurans dan kebajikan dari jabatan dan persatuan berkaitan berjumlah antara RM164,000 hingga RM289,000.
"Selain itu, kerajaan persekutuan juga akan menyumbangkan RM20,000 kepada setiap keluarga. Selain itu, kerajaan negeri Selangor juga akan menyumbang RM20,000," katanya.
Zuraida berkata jawatankuasa khas bagi menyiasat kes enam anggota bomba yang lemas itu akan mula bermesyuarat minggu depan.
Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 8 Okt itu juga berperanan meneliti dan mengkaji prosedur operasi standard (SOP) bagi anggota bomba PPDA untuk ditambah baik agar insiden yang sama tidak berulang.
Bernama
Wed Oct 24 2018
Allahyarham Mohd Fatah Hashim yang terkorban ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada 3 Okt lepas. - Gambar fail
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.