Keaslian durian Musang King akan dikenal pasti pada masa akan datang melalui penggunaan teknologi "Radio-Frequency Identification (RFID)" yang akan membezakannya daripada durian biasa, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata durian-durian itu akan diberikan Kod QR bagi memastikan keasliannya.
Katanya, kaedah pengesanan menerusi RFID itu kini telah diguna pakai untuk pengedaran Sarang Burung Walit apabila setiap sarang akan mempunyai kodnya sendiri bagi tujuan mengenal pasti dari mana ia dikeluarkan.
"Sehubungan itu, setiap durian Musang King dan durian lain pada masa depan akan diberi kod (QR Code). Kod itu membolehkan orang ramai mengimbasnya menerusi telefon bimbit.
"Di China, durian banyak datang dari Thailand tapi apabila ada QR Code maka lebih mudah untuk mengenal pasti negara yang mengeksport durian tersebut, QR Code ini penting untuk memastikan keasilan durian itu," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yasin pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Ahmad Shabery berkata setakat ini kira-kira 23,700 hektar tanah daripada keseluruhan 66,000 hektar tanah untuk tanaman durian di seluruh negara ditanam dengan durian jenis Musang King, manakala 569,087 pokok daripadanya 1.5 juta pokok durian yang didaftarkan adalah pokok durian Musang King.
"Durian Musang King adalah punca kekayaan baharu untuk negara ini kerana nilai pasaran dan eksport yang tinggi ke dunia luar. Permintaan terhadap durian Musang King ini dijangka meningkat pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2017
Sehubungan itu, setiap durian Musang King dan durian lain pada masa depan akan diberi kod (QR Code). Kod itu membolehkan orang ramai mengimbasnya menerusi telefon bimbit. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Nak tahu Musang King asli atau tidak? Kod QR bakal diperkenal
Keaslian durian Musang King akan dikenal pasti pada masa akan datang melalui penggunaan teknologi "Radio-Frequency Identification" yang akan membezakannya daripada durian biasa, Dewan Negara hari ini.