awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak tahu video palsu atau tidak? Ini apa anda perlu tahu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/06/2019
20:18 MYT
Nak tahu video palsu atau tidak? Ini apa anda perlu tahu
Apa yang lebih merungsingkan sekiranya terdapat penyebaran gambar mahupun video yang kita sendiri tidak mengetahui kesahihannya. - Gambar hiasan
MEDIA sosial merupakan satu medan penyebaran berita yang sangat cepat dan mudah.
Dengan hanya satu klik, maklumat tersebut akan tersebar luas kepada semua pengguna media.
Apa yang lebih merungsingkan sekiranya terdapat penyebaran gambar mahupun video yang kita sendiri tidak ketahui kesahihannya.
Menurut Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin, terdapat beberapa analisis yang boleh dijalankan bagi menentukan video tersebut sahih atau palsu.
"Teknik paling mudah ialah menjalankan analisis terhadap bayang-bayang atau objek yang dipersoalkan dalam video tersebut dengan sumber cahayanya.
"Jika sumber cahaya dan objek tidak konsisten, berkemungkinan video tersebut adalah palsu," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, untuk memastikan ketulenan video tersebut, ia boleh ditentukan menerusi penilaian konsistensi kadar perubahan piksel warna pada setiap rangka video tersebut.
Perbezaan tahap piksel warna akan dapat dikesan sekiranya video tersebut mempunyai elemen "Super Imposed" atau kesan imej janaan komputer (CGI ).
Dr Asmawi juga menyatakan bahawa penting untuk dilakukan analisa forensik multimedia terhadap video dan audio bagi menentukan kesahihan sesuatu video tersebut agar tiada sebarang maklumat palsu disebarkan.
Topic Berkaitan
#Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin
#fact checker
#keselamatan
#media sosial
#Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber Cy
#Penyebaran
#Semak Fakta
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan