PUTRAJAYA: Malaysia percaya Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) akan terus memainkan peranan dengan lebih berkesan, dinamik dan progresif terhadap isu-isu di peringkat serantau dan global dalam kalangan negara-negara anggota, sekiranya NAM kekal dengan prinsip-prinsip penubuhannya yang berkecuali.
NAM perlu kekal relevan dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar selaras dengan prinsip asas NAM dan tidak boleh mengetepikan kebimbangan dan kepentingan negara-negara anggota dalam menegakkan prinsip NAM.
Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, perkara itu antara intipati kenyataan negara yang disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (CoB-NAM) peringkat Menteri Luar Negeri yang berlangsung di Baku, Azerbaijan pada Rabu.
Malaysia juga menggariskan pentingnya kerjasama dalam kalangan negara anggota NAM bagi mengatasi cabaran yang dihadapi dan menerapkan nilai kepercayaan, saling menghormati dan persefahaman.
Menurut kenyataan itu, Malaysia telah menzahirkan kekecewaan ASEAN terhadap NAM atas keengganannya menerima cadangan ASEAN berhubung Laut China Selatan dalam Dokumen Akhir Mesyuarat , yang telah berpanjangan selama hampir 10 tahun.
Keberanian Malaysia yang lantang menyuarakan kritikan terhadap NAM ini telah mendapat sokongan daripada wakil negara-negara anggota NAM yang hadir termasuklah dalam kalangan negara-negara ASEAN.
"Malaysia turut menzahirkan kebimbangan berhubung peningkatan kebencian dan tindakan melampau di negara-negara tertentu termasuklah kes pembakaran al-Quran di Sweden. Malaysia menekankan bahawa ketaksuban, Islamofobia, sikap rasis dan sebarang tindakan pemusnahan teks keagamaan tanpa mengira agama perlu dikecam," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Malaysia turut menitikberatkan usaha pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan aspirasi dan kepentingan ahli-ahli PPB diperjuangkan secara adil dan saksama.
Malaysia menggariskan keperluan penambahbaikan kerangka kewangan antarabangsa untuk membantu negara-negara membangun mengatasi pelbagai masalah seperti krisis kewangan, inflasi, peningkatan kadar faedah dan pelega hutang (debt relief).
Dipengerusikan oleh Azerbaijan, mesyuarat itu dihadiri lebih 100 wakil negara anggota NAM, negara pemerhati NAM dan tetamu khas termasuk wakil pertubuhan antarabangsa.
Mesyuarat Menteri CoB-NAM adalah sebagai persediaan bagi Sidang Kemuncak NAM ke-19, yang dijadualkan di Kampala, Uganda, pada Januari 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Perkara itu antara intipati kenyataan negara yang disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada Mesyuarat CoB-NAM peringkat Menteri Luar Negeri yang berlangsung di Baku, Azerbaijan. - Gambar fail
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Hubungan Iran-Malaysia akan terus tingkatkan ikatan budaya
Ikatan kukuh dan unik antara Iran dan Malaysia yang berakar umbi dalam kebudayaan dan ketamadunan telah berkembang sejak empat dekad lalu.
Deklarasi Kampala sidang kemuncak NAM kecam pencerobohan Israel, gesa gencatan senjata di Gaza
Deklarasi itu turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan sewenang-wenangnya terhadap orang awam Palestin dan tindakan rejim Israel mengusir penduduk.
NAM sentiasa sokong perjuangan Palestin - Utusan Palestin ke PBB
Serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan dalam sidang kemuncak mingguan negara anggota NAM.
Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.
Zambry adakan mesyuarat dua hala dengan rakan NAM dari tujuh negara
Semasa pertemuan Zambry dengan rakan sejawatannya dari Iraq, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala.
Malaysia gesa NAM pertahan pendirian berprinsip mengenai isu Palestin
Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim Israel.
NAM mesti kekal berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar
NAM tidak boleh mengetepikan kebimbangan dan kepentingan negara-negara anggota dalam menegakkan prinsip NAM.
Penubuhan negara Palestin penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin
Penyelesaian tunggal konflik Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur dijadikan ibu negara.
Kekejaman Israel: Malaysia, OIC, NAM sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan demi keadilan Palestin
Malaysia pada masa sama menegaskan Israel perlu memberi bekerjasama sepenuhnya bagi memastikan COI dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan.
COVID-19: Muhyiddin alu-alukan penubuhan pasukan petugas NAM
Perdana Menteri mengalu-alukan penubuhan Pasukan Petugas NAM yang berperanan mewujudkan pangkalan data bersama bagi keperluan perubatan asas.