awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Tengku Zafrul cadang pemain lebih selektif pilih kejohanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama besar UMNO sertai Pas, Bersatu, PN diumum awal Jun - Ahmad Samsuri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/05/2023
09:10 MYT
Nama besar UMNO sertai Pas, Bersatu, PN diumum awal Jun - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri berkata, nama semua mereka akan diumumkan pada awal Jun nanti. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Pas mengesahkan beberapa pemimpin politik yang mempunyai nama besar dengan sebahagian besar mereka daripada UMNO, akan menyertai parti itu, Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata nama semua mereka akan diumumkan pada awal Jun nanti.
"Mereka bakal menyertai Pas... sertai Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun ada... PN secara direct pun ada... insya-Allah.
"Ada daripada UMNO, dan ada daripada lain-lain parti pun ada... ramainya daripada UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, di sini hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai Pas.
Perkembangan itu menyusul selepas bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket PN.
Sementara itu, ditanya adakah pemimpin nama besar terbabit akan diketengahkan sebagai calon dalam PRN nanti, Ahmad Samsuri berkata ia bergantung kepada keadaan.
Katanya sehingga kini, Pas belum memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN.
Topic Berkaitan
#PRN
#pemimpin UMNO
#nama besar
#sertai PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan