Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat

Tangkap layar daripada laman Facebook mengenai tangkapan pasangan khalwat di sebuah hotel. - Gambar Sinar Harian
KULAI: Seorang remaja lelaki memberi alasan sakit perut dan menumpang tandas di sebuah hotel di sini ketika dicekup berkhalwat bersama seorang wanita Indonesia pada tengah malam Rabu.
Ringkasan AI
- Remaja lelaki dan wanita Indonesia ditangkap berkhalwat di hotel selepas lelaki memberi alasan sakit perut untuk numpang tandas pada tengah malam Rabu.
- Lelaki itu membawa wanita keluar dari asrama pekerja untuk makan malam sebelum mendaftar bilik hotel atas namanya, namun asrama menutup sebelum wanita dipulangkan.
- Pasangan itu ditahan atas kesalahan khalwat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997, dan lelaki menyatakan tidak berniat untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
"Wanita warga Indonesia berusia 22 tahun itu pula didapati menyorok di dalam tandas ketika pemeriksaan dijalankan.
"Hasil pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri dan berstatus bujang," menurut kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan JAINJ, remaja itu membawa keluar teman wanitanya dari asrama pekerja dengan menaiki motosikal untuk makan malam bersama pukul 8.30 malam.
Bagaimanapun, remaja lelaki itu tidak sempat menghantar wanita itu pulang memandangkan asrama terbabit tutup pada jam 10 malam sebelum mendaftar masuk bilik hotel atas nama lelaki tersebut.
"Lelaki tersebut memberikan alasan mahu menumpang tandas kerana sakit perut selepas makan malam bersama-sama.
"Apabila ditanya kenapa mereka berdua-duaan di bilik itu, lelaki kata hanya mahu menghantar wanita sahaja dan selepas itu mereka hanya baring sambil tengok TikTok, tak buat apa-apa yang nakal," tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, remaja lelaki tersebut juga berkata, dia tidak berhasrat untuk berkahwin dengan wanita terbabit kerana masih belasan tahun selain belum berkemampuan.
"Pasangan ini ditahan atas kesalahan khalwat di bawah seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997," tambah kenyataan tersebut. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


