awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama calon isi kekosongan Exco sudah dipersembahkan kepada Sultan Selangor - MB

Bernama
Bernama
13/07/2020
09:40 MYT
Nama calon isi kekosongan Exco sudah dipersembahkan kepada Sultan Selangor - MB
Amirudin berkata, tarikh untuk majlis mengangkat sumpah jawatan bagi dua Exco berkenaan akan diumumkan bila tiba masanya nanti. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Dua nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah dipersembah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis lepas bagi mengisi kekosongan dua portfolio Exco kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor.
Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tarikh untuk majlis mengangkat sumpah jawatan bagi dua Exco berkenaan akan diumumkan apabila tiba masanya nanti.
"Istiadat angkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang. Saya ataupun pihak istana akan umumkan tarikh apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, pada Isnin.
Dua portfolio yang kosong itu adalah Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar.
Kerusi Exco pelancongan negeri kosong apabila khidmat penyandangnya iaitu ADUN Selat Klang daripada Bersatu Datuk Abdul Rashid Asari ditamatkan susulan parti berkenaan tidak lagi menjadi sebahagian gabungan Pakatan Harapan (PH).
Khidmat Exco perumahan negeri yang juga ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha ditamatkan selepas beliau dilucutkan keahliannya daripada PKR.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan yang pejabat Haniza di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini dirantai selepas khidmatnya sebagai Exco ditamatkan Jumaat lalu, Amirudin menyifatkan ia adalah proses biasa.
"Pegawai tersebut (bekas EXCO) dibenarkan mengambil barang-barangnya ...kena isi borang tertentu (untuk merekodkan) barang-barang apa akan dibawa (keluar). Tidak ada kaitan dengan politik," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Amirudin Shari
#Exco
#kerajaan
#Klang
#Melayu
#menteri
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#pelancongan
#PKR
#politik
#shah alam
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan