awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama 'Kampung Pantai Dalam' tidak akan ditukar, kata DBKL

Haider Yutim
Haider Yutim
20/01/2014
13:47 MYT
Nama 'Kampung Pantai Dalam' tidak akan ditukar, kata DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan bahawa Kampung Pantai Dalam akan ditukarkan namanya ke 'Pantai Sentral' seperti yang digembar-gemburkan di media sosial beberapa hari yang lalu.
Jurucakap DBKL ketika dihubungi Astro AWANI bagaimanapun mengakui terdapat tapak projek yang sedang dibangunkan di kawasan berhampiran iaitu Pantai Sentral Park namun katanya ia tidak menjejaskan kedudukan kampung tersebut.
"Memang ada blok-blok yang telah dinaikkan di situ oleh syarikat IJM Land Berhad serta banyak juga kontraktor terlibat tetapi kampung tersebut (Kampung Pantai Dalam) tidak terjejas," kata jurucakap itu.
Menurutnya lagi, bukan mudah untuk menukar nama sesebuah tempat kerana ia melibatkan banyak aspek serta surat-menyurat termasuk perjumpaan dengan jawatankuasa kampung yang terlibat.
Isu pertukaran nama Kampung Pantai Dalam menjadi Pantai Sentral mula heboh selepas bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyuarakan mengenainya melalui Twitter.
Terkejut saya bila pulang ke rumah tengok papan tanda ala Hollywood di atas bukit Kg. Pantai Dalam "PANTAI SENTRAL" alahai Melayu !!!
— Yusmadi Yusoff (@Yusmadi) January 18, 2014
Kg Pantai Dalam tukar kpd 'PANTAI SENTRAL' lambang Melayu yg tak yakin dgn Budaya sendiri. Alahai pemimpin Melayu hari ini ...
— Yusmadi Yusoff (@Yusmadi) January 18, 2014
Katanya tindakan menukar nama yang asalnya nama Melayu kepada nama berunsur Inggeris boleh menyebabkan hilangnya keyakinan serta identiti budaya anak bangsa Melayu.
"Impak dia kita akan lihat akan terbentuknya satu pembangunan yang hilang identiti... telah hilang keyakinan diri anak bangsa mereka untuk bangga dengan hasil pembangunan mereka," kata Yusmadi.
Menurutnya budaya mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan yang perlu dibangunkan seiring dengan 'jiwanya' iaitu budaya itu sendiri.
Justeru, beliau yang juga penduduk Kampung Pantai Dalam menggesa pihak kepimpinan memandang serius perkara seperti ini.
Sebelum ini beberapa kawasan lain turut ditukarkan nama seperti Kampung Haji Abdullah Hukum kepada KL Eco City dan Kampung Kerinchi kepada Bangsar South.
Namun di negara jiran seperti Singapura, nama-nama asal masih dikekalkan seperti Kandang Kerbau, Bukit Timah, Bras Basah meskipun pembangunan pesat telah dijalankan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dalam reaksinya memberitahu Astro AWANI beliau akan membawa isu penukaran nama tempat bagi tujuan komersial kepada perhatian kabinet.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Kampung Pantai Dalam
#nazri abdul aziz
#pantai sentral
#Warisan
#Yusmadi Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan