awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama menantu Muhyiddin, peguam diserah kepada Interpol - Ketua Polis Negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/10/2023
12:34 MYT
Nama menantu Muhyiddin, peguam diserah kepada Interpol - Ketua Polis Negara
Polis mengesahkan nama Muhammad Adlan Berhan (kiri) dan Mansoor Saat diserahkan kepada Interpol. - Sumber foto SPRM
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan permohonan notis merah ke atas menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguamnya telah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
Beliau memberitahu, tindakan menyenaraikan nama mereka di dalam notis merah itu dilakukan selepas dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengetahui keberadaan kedua-dua individu itu.
"Notis merah dimohon SPRM ke atas menantu Tan Sri Muhyiddin dan peguamnya, segala dokumen dan soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pihak SPRM untuk diisi dalam borang tertentu telah selesai dibuat.
"Kita terima borang tersebut daripada SPRM kira-kira pukul 3 petang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, draf pertuduhan antara dokumen yang diperlukan Interpol sebelum notis merah dikeluarkan kepada Muhammad Adlan, 48, serta peguam, Mansoor Saat, 69.
Kedua-dua individu ini dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Kedua-dua mereka dipercayai melarikan diri dari negara ini pada Mei lalu.
Bagaimanapun Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.
Pada 23 September lalu, Utusan Malaysia melaporkan Muhammad Adlan Berhan, dan seorang lagi lelaki iaitu Mansoor Saat, 69, masih gagal tampil membantu siasatan SPRM selepas menghilangkan diri sejak Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Razarudin Husain
#Interpol
#menantu Muhyiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan