awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama Timbalan KPN akan diumumkan dalam masa terdekat - Hamzah

Bernama
Bernama
01/06/2021
14:21 MYT
Nama Timbalan KPN akan diumumkan dalam masa terdekat - Hamzah
Hamzah berkata perkara tersebut mempunyai proses tersendiri iaitu nama-nama yang telah disenarai pendekkan harus melalui proses Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP). - Gambar fail
SHAH ALAM: Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata perkara tersebut mempunyai proses tersendiri iaitu nama-nama yang telah disenarai pendek harus melalui proses Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).
"Apabila SPP telah bersetuju kita akan minta hantarkan nama kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila Perdana Menteri bersetuju, kita akan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kemudian baharu kita boleh umumkan.
"Kita jangka dalam masa seminggu dua, insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bukit Jelutong pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh seluruh negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selepas pelantikan rasmi Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjadi Ketua Polis Negara pada 3 Mei lalu.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata secara purata jumlah kenderaan di jalan raya berkurangan sebanyak 70 peratus pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.
Beliau berharap agar keadaan ini akan berterusan supaya dapat membantu kerajaan dalam usaha melandaikan lengkung kes COVID-19 dalam negara.
"Daripada laporan yang saya dapat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman sebentar tadi bahawa ada pergerakan di jalan raya yang berkurangan sampai 90 peratus, tetapi (secara) keseluruhannya adalah purata 70 sehingga 80 peratus kurang daripada hari biasa," katanya.
"Hari yang pertama dan kedua mungkin akan ada kelonggaran asalkan mereka yang menggunakan jalan raya memaklumkan kepada kita akan kesulitan mereka untuk mendapatkan permit (kelulusan)," katanya.
Selain SJR Bukit Jelutong, beliau turut merninjau SJR Tol Subang dan SJR Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Timbalan Ketua Polis Negara
#Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
#SPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan