Photo-6.jpg
L'Oréal Paris Malaysia meraikan kehebatan wanita dari semua lapisan masyarakat dengan memberikan penghormatan kepada Women of Worth Malaysia, yang diwakili oleh selebriti Nana Mahazan, Nurita Harith dan Tracy Cheong! Seorang wanita yang begitu berharga (Woman of Worth) adalah seorang yang menjaga dirinya, menyedari nilai yang wujud dalam kehidupan sendiri dan orang lain, serta menghargai apa yang dilakukannya dan menerima dirinya.

Apabila diberi penghormatan sebagai Woman of Worth Malaysia, Nana Mahazan berkata, "Saya amat berterima kasih atas peluang ini. Saya cuba untuk menjadi yang terbaik setakat kemampuan saya, bukan sahaja untuk yang tersayang dan ahli keluarga, tetapi juga untuk peminat saya, yang melihat saya sebagai model dalam hidup. Jangan sembunyikan kualiti diri anda hanya kerana orang merasakan anda berbeza. Saya sentiasa percaya bahawa perbezaan itulah yang membuatkan anda lebih cantik. "

“Sebagai seorang ibu beranak dua dan pengacara, saya sering berada di luar rumah, iaitu di lokasi untuk penggambaran atau meluangkan masa bersama anak-anak, jadi saya pastikan saya kekal dilindungi dengan menggunakan tabir suria sebelum saya keluar. Saya bangga bahawa saya yang menjaga diri saya; saya rasa wanita perlu selesa dalam mengakui bahawa mereka suka untuk tampil cantik, sama seperti saya! Kerana anda begitu berharga!" kata Nana sambil tersenyum.