awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA pindah pejabat di Indonesia

Astro Arena
Astro Arena
21/07/2025
07:00 MYT
FIFA pindah pejabat di Indonesia
Hab serantau di Jakarta itu berfungsi sebagai pusat penyelarasan untuk 21 persatuan bola sepak di seluruh Asia Tenggara dan Timur. - Stadium Astro
BERMULA 1 September, difahamkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan berpindah ke Indonesia, sekali gus menutup operasi dan cawangan di Malaysia dan Singapura.

Ringkasan AI
  • Ibu pejabat serantau FIFA ASEAN berpindah ke Jakarta bermula 1 September, menutup cawangan di Malaysia dan Singapura melambangkan pengiktirafan terhadap kemajuan bola sepak Indonesia.
  • Penstrukturan dan pembangunan bola sepak Indonesia menarik perhatian FIFA, termasuk hubungan erat antara Infantino dan Erick Thohir serta sokongan terhadap Piala Dunia 2026.
  • Indonesia menerima Anugerah Emas FIFA Forward atas kejayaan projek pembangunan bola sepak seperti pusat latihan di Nusantara, menjadikan Jakarta sebagai pusat penyelarasan 21 persatuan bola sepak Asia Tenggara dan Timur.

Ibu pejabat baharu di Jakarta itu akan menjadi pusat utama di Asia Tenggara (ASEAN).
Keakraban hubungan antara Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, mungkin menjadi asbab pembukaan pejabat itu selain negara yang menawarkan pelbagai kemudahan dan lokasi strategik.
Bola sepak Sang Garuda semakin ke hadapan dengan penstrukturan terbaik, selain berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah ke Piala Dunia 2026.
FIFA pindah ke Jakarta mulai September? Pejabat Kuala Lumpur & Singapura mungkin ditutup hujung Ogos, dan Indonesia bakal jadi hab utama bola sepak ASEAN! Langkah strategik ini selari dengan peningkatan pengaruh Indonesia dalam dunia bola sepak dan sokongan padu dari kerajaan pic.twitter.com/XtUUzCBJoN
— Flash Sukan (@FlashSukan) July 21, 2025
Pembinaan sebagai hab serantau itu bukan sahaja akan menyokong pembangunan bola sepak di Indonesia tetapi juga berfungsi sebagai pusat penyelarasan untuk 21 persatuan bola sepak di seluruh Asia Tenggara dan Timur.
Infantino memaklumkan langkah ini menandakan pengembangan strategik peranan FIFA di rantau ini, sejajar dengan visi untuk mempromosikan pertumbuhan bola sepak global pada tahap yang sama.
Infantino memuji pembaharuan terkini dalam bola sepak Indonesia dan mengiktiraf kemajuan negara dalam mengatasi cabaran dalaman. Infantino menegaskan bahawa keputusan untuk menubuhkan hab serantau di Jakarta mencerminkan komitmen jangka panjang FIFA terhadap pembangunan bola sepak di Asia.
PSSI turut diberi penghormatan dengan Anugerah Emas FIFA Forward, yang mengiktiraf pelaksanaan berkesan projek pembangunan bola sepak negara, termasuk penubuhan pusat latihan kebangsaan baharu di Nusantara, ibu negara Indonesia yang akan datang di Kalimantan Timur. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Ibu pejabat serantau FIFA ASEAN
#berpindah ke Jakarta
#hab serantau FIFA
#Gianni Infantino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan