awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri Sembilan terima anugerah Negeri Paling Progresif 2024

Bernama
Bernama
21/07/2025
06:45 MYT
Kerajaan Negeri Sembilan terima anugerah Negeri Paling Progresif 2024
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan berkata pencapaian ini membuktikan langkah proaktif pasukan dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan. - Foto Bernama
SEREMBAN: Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 bagi anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025.

Ringkasan AI
  • Negeri Sembilan dinobat Negeri Paling Progresif 2024 oleh IBR ASEAN Awards 2025 atas pencapaian dalam pelbagai bidang pelaburan dan pembangunan.
  • Pemilihan berdasarkan 20 kriteria global termasuk keselamatan kewangan, kemudahan perniagaan, pelan masa depan dan kesejahteraan rakyat.
  • Pengiktirafan ini cerminan pentadbiran proaktif dan berintegriti, selari dengan tema "Bersih, Muafakat dan Sejahtera" yang diketengahkan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan berkata pencapaian ini membuktikan langkah proaktif pasukan dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.
Beliau berkata pengiktirafan itu berdasarkan 20 kriteria ranking negeri-negeri di Malaysia berhubung Tarikan bagi Pelabur Global, seperti aspek Financial Security, Ease of Doing Business, Tourism, Industries, Global Awarness, Positively Impact Policies, Land Equity, Environmental Preservation, Happiness Index of the People, Foodstuffs Security dan Future Plan.
"Pengiktirafan ini bukan sekadar anugerah, malah sebagai bukti usaha kolektif Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan semua peringkat yang berteraskan tema Bersih, Muafakat dan Sejahtera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Industri dan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) Teo Kok Seong bersama Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Dr Arwan Sabri mewakili pentadbiran negeri bagi menerima anugerah tersebut yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.
Anugerah berprestij ini adalah berdasarkan penilaian terperinci oleh penilai-penilai profesional yang terdiri dari tokoh-tokoh ternama pelbagai bidang dari dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#Negeri Paling Progresif 2024
#The International Business Review IBR ASEAN Awards 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan