awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasharudin digugurkan dari Majlis Syura

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2013
16:11 MYT
Nasharudin digugurkan dari Majlis Syura
Ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa telah digugurkan sebagai ahli Majlis Syura Pas, badan tertinggi di dalam parti berkenaan.
Bekas timbalan presiden Pas itu dikenakan tindakan tersebut kerana dikatakan telah bersalah melanggar peraturan parti.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan perkara berkenaan.
Namun, beliau enggan memberi sebarang komen ketika diminta mengulas lanjut tentang pengguguran tersebut.
“Saya tak ada dalam mesyuarat tu... saya tak terlibat,” kata Mustafa.
Difahamkan Nasharudin telah digugurkan dari Majlis Syura Pas pada 13 Januari lalu.
Sebelum ini Nasharudin telah menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Gaza.
Nasharudin dalam kenyataannya mengenai lawatan ke Gaza berkata, beliau tidak mahu melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau terutama oleh sesetengah pihak khususnya di dalam Pas.
Jelas beliau, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.
Pada 9 September tahun lalu, Majlis Syura memutuskan Nasharudin kekal sebagai ahli Majlis Syura biarpun ada desakan supaya digugurkan kerana membuat kenyataan supaya Pas keluar dari Pakatan Rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya selepas mesyuarat tersebut menjelaskan, perkara yang berkaitan Nasharudin ketika itu bukan satu isu.
Topic Berkaitan
#gugur
#Majlis Syura
#nasharuddin mat isa
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan