AYER KEROH: Polis Melaka mengesahkan video tular memaparkan wang kertas RM50 yang diselitkan pada setiap bekas makanan dan diagihkan kepada golongan warga emas, bukan berlaku di negeri ini.
Malah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Azlan Abu menegaskan, pengagihan bungkusan makanan itu juga tiada kaitan dengan aktiviti meraih undi yang dikaitkan dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Semalam telah tular satu gambar yang dimuat naik oleh beberapa akaun media sosial Facebook yang menunjukkan terdapat beberapa bungkusan makanan telah diselitkan wang tunai.
“Hasil semakan oleh pihak polis bagaimana mendapati agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada orang- orang tua itu bukan berlaku di Melaka dan tidak terkesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa jua lambang mahupun elemen parti politik di dalam kandungan video tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azlan berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan oleh mana-mana pihak.
Bagaimanapun, polis, katanya, tetap menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Pihak polis ingin mengingatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih atas tujuan dan kepentingan sendiri yang mana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
“Dalam pada itu, mana-mana individu yang mengetahui tentang kejadian bolehlah berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Md Assyukri Saini di talian 016-7530492,”tambahnya.
Sebelum ini tular video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan kumpulan warga emas sedang beratur bagi mengambil bungkusan makanan yang diselitkan dengan wang tunai RM50.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Nov 05 2021
Pengagihan bungkusan makanan yang diselitkan RM50 itu juga tiada kaitan dengan aktiviti meraih undi yang dikaitkan dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Azlan Abu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
Nasi bungkus 'selit' RM50 bukan di Melaka - Polis
Pengagihan bungkusan makanan itu juga tiada kaitan dengan aktiviti meraih undi yang dikaitkan dengan kempen Pilihan Raya Negeri Melaka.