TASEK GELUGOR: Mahu membeli nasi dan masakan di Kedah yang lebih sedap antara alasan digunakan individu dari Pulau Pinang sehingga sanggup menggunakan lorong tikus bagi merentas negeri tanpa kebenaran.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, itu antara alasan remeh yang diberikan individu yang ditahan dalam operasi lorong tikus di sempadan Pulau Pinang dan Kedah pada Ahad.
Noorzainy berkata, dalam operasi di Kampung Selamat - Padang Serai itu, seramai 15 individu berusia lingkungan 50-an ditahan kerana merentas negeri menggunakan lorong tikus berikutan sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan polis di laluan utama.
"Kebanyakan kita lihat alasannya untuk beli barang, contohnya macam kita lihat tadi nak beli nasi di Kedah padahal kedai banyak di Pulau Pinang ini.
"Dia kata nasi di Kedah lebih sedap, ada juga yang nak merentas beli barang keperluan... alasan yang kita tak boleh terima sebab kedai barang di Tasek Gelugor ni pun ada. Sebenarnya mereka malas nak ke balai untuk dapatkan surat rentas negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Noorzainy berkata tiga lorong tikus dalam daerah ini dikesan sering digunakan bagi mengelak perbuatan mereka diketahui pihak berkuasa.
"Jalan-jalan ini merupakan jalan-jalan yang kita anggap sebagai jalan tikus yang sering digunakan oleh mereka yang enggan mengambil permit kebenaran daripada PDRM ataupun yang merentas sempadan Kedah ke Pulau Pinang tanpa kebenaran," jelasnya.
Noorzainy memberitahu pihaknya kesal kerana masih ada penduduk yang mengambil mudah dengan merentas negeri tanpa kebenaran ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Tindakan merentas negeri tanpa kebenaran juga dibimbangi menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 sama ada di Pulau Pinang atau Kedah.
Pada masa sama, Noorzainy memaklumkan pihaknya akan menjalankan operasi secara berterusan termasuk di lorong tikus susulan penguatkuasaan PKP 3.0 sehingga 7 Jun depan.
Sehubungan itu, mereka yang berhasrat merentas negeri perlu mendapat kebenaran polis atau berdepan tindakan mengikut Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 23 2021
Mahu membeli nasi dan masakan di Kedah yang lebih sedap antara alasan digunakan individu dari Pulau Pinang sehingga sanggup menggunakan lorong tikus bagi merentas negeri tanpa kebenaran. - Foto ihsan PDRM
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Mahu membeli nasi dan masakan di Kedah yang lebih sedap antara alasan digunakan individu dari Pulau Pinang sehingga sanggup menggunakan lorong tikus bagi merentas negeri tanpa kebenaran.