Golongan wanita di negeri ini dilihat mampu menjadi tonggak utama dalam memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Sazali Salbi berkata, peranan wanita dalam membanteras gejala rasuah penting dalam mendidik serta mempengaruhi masyarakarat.
Jelasnya, ini terbukti apabila para wanita dapat memberikan nasihat, didikan dan bimbingan yang lebih berkesan dalam mewujudkan gelombang kesedaran membenci rasuah di setiap lapisan masyarakat.
"Kami (SPRM) memandang tinggi kelebihan yang ada para wanita dan memberi peluang kepada golongan ini dalam membuktikan kehebatan mereka memerangi jenayah rasuah.
"SPRM melihat golongan wanita ini amat penting dan perlu memainkan peranan utama dalam memerangi rasuah disebabkan mereka merupakan seorang ibu, isteri atau kakak dalam sesebuah keluarga.
"Oleh itu, mereka mampu mendidik serta mempengaruhi masyarakat serta menyampaikan mesej anti rasuah, malah memerangi rasuah, sekali gus melahirkan generasi membenci rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Wanita Anti Rasuah (G-War) Peringkat Negeri Sabah di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, hari ini.
Kata Sazali, golongan wanita yang terlibat dalam kesalahan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini perlu ditangani segera agar tidak menjadi semakin meruncing.
"Statistik SPRM 2012 hingga Januari 2018 menunjukkan sebanyak 700 kertas siasatan telah dibuka ke atas wanita yang disyaki terlibat dalam gejala negatif ini.
"Seramai 453 wanita telah ditangkap bagi membantu siasatan dan 183 daripada mereka telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
"Oleh yang demikian, saya meminta semua kaum wanita untuk bangkit bersama memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa agar tidak ada lagi wanita terjerumus ke kancah yang kotor dan jijik ini," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah, Masnah Matsalleh berkata program G-WAR ini adalah satu inisiatif SPRM dan JHEWA dalam menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejajar dengan Tahun Memperkasa Wanita.
"Tahun ini merupakan Tahun Memperkasa Wanita, jadi menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) jabatan dan kementerian untuk mengadakan program memperkasakan wanita.
"Salah satu jabatan yang menyahut seruan itu adalah SPRM, melalui program hari ini, iaitu G-WAR.
"Harus diingatkan bahawa dalam kelembutan wanita itu tersirat kegigihan, kekuatan dan ketabahan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.
Sementara itu, G-WAR merupakan satu lagi idea yang dicetuskan bagi membawa dan menggerakkan kaum wanita bersama SPRM untuk berganding bahu memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Pelancaran ini juga selaras dengan usaha pihaknya yang termaktub dalam Pelan Strategik SPRM 2017-2020 iaitu pembudayaan nilai benci rasuah dan pengukuhan sokongan masyarakat dengan pendekatan mesra rakyat.
Terdahulu, SPRM melancarkan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah di mana lebih kurang 160,000 orang telah berdaftar, termasuk kira-kira 60,000 wanita.
Ruzaini Zulkepli
Wed Mar 28 2018
Sazali (dua kiri) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Wanita Anti Rasuah (G-War) Peringkat Negeri Sabah di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, hari ini. Astro AWANI / RUZAINI ZULKEPLI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.