Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan akan bertanding jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada Muktamar Tahunan kali ke-59 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Nov.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata beliau bersedia memikul tanggujawab itu selepas perwakilan memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding jawatan berkenaan.
"Saya ditawarkan untuk bertanding dua jawatan, iaitu Anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden PAS. Bagaimanapun, saya menarik diri untuk jawatan Naib Presiden dan hanya sekadar bersedia untuk memberi khidmat bakti kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak kali ke-30, di sini hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussien, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan dan timbalannya Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Beliau menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden selepas melihat calon lain lebih berkemampuan dan berkaliber untuk memikul tanggungjawab itu.
Nasrudin turut menyatakan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat untuk memberi ruang dan peluang kepada calon lain meneruskan kepimpinan untuk parti itu.
"Terserah kepada perwakilan untuk memilih calon yang layak kerana mereka (perwakilan) mampu menilai calon berdasarkan rekod dan prestasi (calon) masing-masing. Yang menang akan teruskan perjuangan manakala yang kalah tidak bermakna gagal, mungkin ada jawatan lain yang sesuai untuk mereka," katanya.
Nasrudin yang memegang jawatan itu sejak 2009, mengharapkan calon yang dipilih bersedia untuk menyahut cabaran lebih besar selain boleh melakukan sesuatu lebih baik.
"Saya tidak berpuas hati dengan pencapaian yang telah saya lakukan, sebab itu saya mengharapkan siapa yang ambil alih tempat saya meneruskan perjuangan ini dengan sempurna, namun Alhamdullilah saya telah beri yang terbaik dan mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada parti," katanya.
Bernama
Sun Nov 03 2013
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok
Enam usul penting meliputi isu politik, antarabangsa dan ekonomi akan dibentang pada sesi muktamar esok.
Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.