awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef

Bernama
Bernama
21/10/2022
10:50 MYT
Naval Group setuju teruskan  rundingan harga LCS - Mindef
Naval Group yang merupakan syarikat dari Perancis, turut komited dalam usaha memastikan LCS siap sepenuhnya dalam masa ditetapkan kerajaan Malaysia.- Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syarikat yang mereka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Naval Group bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB), berhubung harga kapal berkenaan.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, persetujuan itu dicapai hasil mesyuarat di Perancis melibatkan wakil kementerian berkenaan, Pengarah International Directorate (DGA) Perancis Gael Diaz De Tuesta, Kementerian Pertahanan Perancis dan Naval Group.
Selain itu, Naval Group yang merupakan syarikat dari Perancis, turut komited dalam usaha memastikan LCS siap sepenuhnya dalam masa ditetapkan kerajaan Malaysia, serta menyokong penuh usaha meneruskan projek tersebut.
"Ini perkembangan signifikan dan positif, serta berupaya memperkukuhkan lagi usaha semua pihak khususnya di negara ini, bagi memastikan projek LCS dapat diteruskan semula dengan sebaik mungkin, selari dengan syor beberapa pihak berkepentingan termasuk Jemaah Menteri, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).
"Fasa Mobilisasi juga berjalan lancar dan semua pihak berkaitan melaksanakan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin...dengan perkembangan ini, dijangkakan semua rundingan akan dapat dimuktamadkan pada penghujung Disember ini," menurut kenyataan itu.
Pada 2 Okt lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun, menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.
Hishammuddin berkata hasil rundingan yang dibuat dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengilang peralatan asli (OEM) luar negara, BNSSB selaku syarikat pembuatan kapal, telah menerima aku janji terutamanya melibatkan peralatan serta sistem untuk menyokong BNSSB meneruskan projek LCS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kapal Tempur Pesisir
#LCS
#Naval Group
#Mindef
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan