Tiba di New York pada Isnin selepas melawat Los Angeles dan Vancouver, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyeru rakyat Amerika agar melawat Malaysia, sambil menyatakan kedatangan mereka amat dialu-alukan.
Bercakap pada perhimpunan pengusaha dan agen pelancongan, media antarabangsa dan tetamu khas di Hotel Hilton New York, Mohamed Nazri memberitahu bahawa rakyat Amerika diberi kemudahan visa semasa ketibaan untuk 90 hari.
Beliau, yang berada di sini untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014, dalam temu bual dengan Bernama di sini, berkata mengikut Pertubuhan Pelancongan Dunia, Malaysia dinamakan dalam senarai 10 destinasi paling dilawati di dunia.
"Kami menerima lebih 22 juta pelancong pada 2012, meningkat 1.5 peratus daripada tahun sebelumnya, dan ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia adalah destinasi yang selamat dan kami mengalu-alukan kedatangan rakyat Amerika," katanya.
Sepuluh pasaran teratas pelancong ke Malaysia ialah dari Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Filipina, Australia, Jepun dan United Kingdom.
Kira-kira 12.6 juta pelancong asing melawat Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2013, menunjukkan peningkatan 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dan menjana pendapatan RM31.18 bilion, meningkat 16.3 peratus daripada tahun sebelumnya.
Pendapatan pelancongan yang diperoleh Malaysia berjumlah RM60.6 bilion pada 2012, meningkat sebanyak 3.8 peratus berbanding 2011.
Lebih 240,000 orang dari Amerika Syarikat melawat Malaysia pada 2012, meningkat 10.8 peratus berbanding tahun sebelumnya; dan dalam setengah tahun pertama 2013, Malaysia menerima kedatangan 127,221 orang dari Amerika Syarikat, meningkat sebanyak 6.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Malaysia menyasarkan ketibaan 248,000 pelancong dari Amerika Syarikat sepanjang tahun ini.
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasarkan 28 juta pelancong asing, termasuk 250,000 dari Amerika Syarikat, melawat Malaysia tahun depan.
"Saya berharap untuk melihat Amerika Syarikat menjadi antara 10 pasaran teratas pelancong ke Malaysia," kata Mohamed Nazri.
Bagaimanapun, kekurangan hubungan terus antara New York dan Kuala Lumpur merupakan masalah utama dalam menarik lebih ramai pelancong dari pantai timur negara itu.
Malaysia Airlines (MAS) menamatkan penerbangan terus dari Newark ke Kuala Lumpur beberapa tahun lepas menyebabkan pelancong dari pantai timur Amerika perlu ke Los Angeles di pantai barat terlebih dahulu sebelum mereka boleh mengambil penerbangan MAS untuk ke Kuala Lumpur.
"Saya akan berbincang dengan MAS untuk mengadakan semula penerbangan dari New York melalui Dubai ke Kuala Lumpur," katanya.
Bagaimanapun, buat sementara waktu, pelancong boleh mengambil penerbangan dari New York melalui negara ketiga jika mereka menggunakan Singapore Airline, Emirates, Etihad atau Qatar Airlines.
Sementara itu, Naib presiden Tourism Malaysia New York Johanif Mohamed Ali, berkata Malaysia bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand untuk mengeluarkan pakej pelancongan dwi destinasi, menawarkan destinasi Malaysia dan Thai.
Satu laman sosial 'Facebook Sweepstakes' telah dilancar menawarkan destinasi berkembar Borneo dan Bangkok.
Bagi memperkenalkan Malaysia di New York, satu skrin gergasi di Times Square, berhampiran menara Nasdaq memaparkan tayangan selama 30 saat tarikan pelancongan di Malaysia.
Paparan sejak 12 Okt itu, ditayangkan empat kali sejam, 24 jam sehari dan ia akan berterusan sehingga 4 Jan 2014.
Bernama
Tue Oct 15 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.