KUALA LUMPUR: Meskipun terbatas dengan norma baharu kerana prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19 dan musibah banjir yang melanda beberapa negeri, perayaan Krismas tetap disambut secara sederhana di seluruh negara.
Berpaksikan semangat Keluarga Malaysia, terselit doa agar dikurniakan kemudahan dan kesejahteraan kepada mangsa banjir oleh penganut Kristian ketika mereka menjalani upacara sembahyang di gereja.
Tinjauan Bernama mendapati penganut agama Kristian mengunjungi gereja seawal pagi mengikut kapasiti dibenarkan dengan mengenakan pakaian berwarna-warni.
Lebih manis tahun ini, perantau boleh menyambutnya bersama keluarga dan sanak saudara berbanding tahun lepas, perayaan ini disambut ketika negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tidak ketinggalan mereka mengambil kesempatan berkunjung ke tempat-tempat percutian bagi menghabiskan cuti perayaan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kemas kini Facebooknya pagi ini turut menitipkan ucapan Krismas kepada Keluarga Malaysia yang menyambutnya.
"Semoga sambutan Hari Natal kali ini menyatupadukan kita serta melimpahkan rasa sayang yang penuh bermakna," katanya.
Di SELANGOR, sambutan Krismas di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini suram memandangkan hampir semua penduduknya sibuk dengan aktiviti pembersihan pascabanjir selepas terkesan dengan banjir yang berlaku sejak Sabtu lepas.
Malah, tinjauan di beberapa gereja di sekitar Taman Sri Muda dan Kota Kemuning di sini juga mendapati tiada aktiviti keagamaan dijalankan dan seorang Pastor yang enggan dikenali dari Kota Kemuning Assembly of God ketika dihubungi berkata pihaknya berusaha menghubungi bagi mengetahui keadaan ahli mereka yang terkesan dan akan menghulurkan bantuan diperlukan.
Di PAHANG, cuaca baik selepas negeri ini dilanda hujan lebat hingga mengakibatkan banjir minggu lepas membolehkan rakyat pelbagai kaum yang menyambut Krismas mengunjungi gereja St Thomas, di Jalan Gambut, Kuantan bagi menjalankan upacara keagamaan.
Orang ramai tidak putus mengunjungi gereja berkenaan sejak 9.30 pagi dengan kebanyakan mereka mengenakan pakaian berwarna merah.
Sementara itu, orang ramai pula dilihat mengambil kesempatan mengunjungi pusat beli belah dan kelihatan merakamkan gambar serta video bersama dekorasi sempena hari Krismas.
Di PERAK, penganut agama Kristian dilihat mula mengunjungi Church of Our Lady of Lourdes di Ipoh seawal 7 pagi dengan ada berpakaian tradisional sempena sambutan Hari Krismas bersama ahli keluarga dan saudara.
Seorang pesara kerajaan Santiago Samathanam, 66, berkata dia datang bersama dua saudaranya untuk menyertai upacara keagamaan yang hanya dibenarkan kepada individu telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan mengikut sesi secara berperingkat ditetapkan menerusi janji temu bagi mengawal jumlah pengunjung.
"Hari ini kami ingin berdoa untuk mangsa banjir yang teruk melanda negara hingga menyebabkan puluhan mangsa meninggal dunia supaya mereka selamat," katanya ketika ditemui Bernama di rumah ibadat berkenaan hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan, Seremban yang berusia 173 tahun adalah antara gereja tertua di Semenanjung Malaysia menjadi tumpuan penganut Kristian di negeri ini sejak 9 pagi tadi bagi melaksanakan upacara keagamaan.
Ketua Paderi Gereja Visitation, Father Xavier Andrew berkata sambutan Krismas pada tahun ini amat bermakna kerana berpeluang menyambut dan meraikan Krismas di gereja bersama dengan orang ramai biarpun secara sederhana.
"Oleh itu, pada hari ini sebanyak 526 orang yang hadir ke gereja secara berperingkat bermula 7.30 pagi, 9.30 pagi dan 11 pagi. Kita mulakan nyanyian carol untuk membawa suasana Krismas dan menyanyi lagu-lagu pujian dan seterusnya melakukan misa (doa dan sembahyang)," katanya.
Di JOHOR, penganut Kristian mula tiba di Gereja Immaculate Conception, Johor Bahru seawal 7.30 pagi dengan memakai pakaian berwarna-warni.
Paderi gereja berkenaan Claurence Motoyou berkata hanya 200 orang sahaja dibenarkan masuk pada satu masa ke dalam gereja mengikut SOP ditetapkan, selain telah menerima vaksin lengkap.
Sementara itu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan salam Krismas kepada semua rakyat malaysia yang menyambut perayaan tersebut.
"Selamat Hari Krismas. Semoga kediaman anda semua dipenuhi dengan kasih sayang, aman dan gembira," titah Sultan Ibrahim di laman Facebook rasmi baginda.
Turut menzahirkan ucapan menerusi Facebook rasmi ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad yang mengingatkan supaya masyarakat menyambut perayaan itu dengan penuh keharmonian dan kegembiraan serta turut mematuhi SOP di mana jua mereka berada.
Di TERENGGANU pula, penganut Kristian mula tiba di Gereja Presbyterian Kuala Terengganu seawal 9 pagi dan mula bersembahyang pada 10 pagi.
Seorang penganut, Ban Tong Wah, 64, berkata sempena perayaan Krismas hari ini, selain mendoakan supaya negara bebas daripada COVID-19, dia juga mendoakan supaya semua mangsa terjejas banjir diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian tersebut.
Di KOTA KINABALU, sambutan Krismas pada tahun ini amat bermakna buat Sherell Ann Jeffrey, 42, apabila dapat bersama-sama keluarganya menyediakan menu tradisi setiap kali perayaan iaitu masakan kurma ayam.
Berasal dari Tamparuli, dia bersyukur kerana tahun ini dapat menyambut krismas di kediaman keluarganya apabila tidak dapat menyambut perayaan itu pada tahun lepas berikutan PKP.
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam perutusan sempena sambutan Krismas 2021 dan Tahun Baharu 2022 berharap sambutan Krismas pada tahun ini akan mengukuhkan perpaduan, toleransi beragama dan saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama di negeri itu.
Manakala di SARAWAK, SOP ketat di gereja dipratikkan apabila aktiviti sembahyang dihadkan dengan bilangan kehadiran sebanyak 50 peratus saiz rumah ibadat selain aktiviti rumah terbuka juga hanya dibenarkan buat keluarga terdekat sahaja.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam perutusan Hari Krismas berharap warga Sarawak yang meraikan perayaan itu dapat menyambutnya dalam suasana ceria di samping keluarga.
"Saya menyeru kepada saudara dan saudari untuk terus patuh kepada SOP ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada musim perayaan ini.
"Walaupun kadar jangkitan harian di Sarawak sudah menurun kepada dua angka, saya amat berharap kita terus berjaga-jaga dan memastikan suasana di sekeliling kita selamat untuk kita dan orang lain di sekitar kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021
Anthony De Souza membawa pokok Krismas yang terkena lumpur selepas kediamannya dilanda banjir baru-baru ini ketika tinjauan di Taman Sri Muda hari ini. - Gambar/ Bernama
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.