KUALA LUMPUR: Negara dijangka menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala sehingga 25 Julai, yang berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat ialah negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

Menurut kenyataan itu, perkara berkenaan dikesan berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

-- BERNAMA