KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.
Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli berpandangan sedemikian selepas mengambil kira laporan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain situasi fenomena pemanasan global pada masa kini.
"Apabila kita sebut krisis bekalan air ini bermakna tiada bekalan air kepada pengguna dalam tempoh yang panjang seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 akibat penyusutan beberapa empangan utama dalam negara.
"Berdasarkan pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara, setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus dan hanya tujuh empangan yang sedang dipantau berikutan terdapat penurunan paras air hampir 50 peratus, namun ia tidak melebihi paras amaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai krisis bekalan air negara ketika musim panas pada program Ruang Bicara terbitan BernamaTV, hari ini.
Menurutnya, tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Timah-Tasoh, Perlis; Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, Pulau Pinang; Empangan Sungai Muda, Empangan Maulud, Kedah; Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Sembrong, Johor.
Pada masa yang sama, katanya, bagi memastikan bekalan air baik dan teratur, SPAN sentiasa laksanakan pemantauan empangan utama di Semenanjung dan telah menyediakan pelan kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan operator air.
Mengulas sekiranya berlaku krisis bekalan air seperti yang pernah terjadi pada 1998, Azrul berkata kerajaan boleh melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (A kta 655) bagi mengehadkan kadar penggunaan untuk kegunaan penting demi kelangsungan bekalan air.
"Selain itu, kita akan lihat pada keperluan untuk melaksanakan catuan bekalan air ataupun bekalan air berjadual... dalam situasi ini pihak operator air dan kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk melaksanakan catuan air.
"Kita harap ia tidak berlaku, sekiranya berlaku seperti tahun 1998, untuk memastikan bekalan air di empangan dan sungai kita bertahan lebih lama, ia mungkin keperluan terakhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini. - Gambar hiasan/BERNAMA

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Jawatankuasa siasat punca kebocoran paip utama di dasar Sungai Terengganu - MB
Jawatankuasa melibatkan pelbagai agensi dan akan diketuai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Krisis air bukan cerita rekaan - Sultan Nazrin Shah
Baginda bertitah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan untuk mendapatkan sumber air boleh menjadi punca yang memungkinkan manusia berperang pada masa akan datang.

Rang undang-undang sumber air dibentang tahun depan - Timbalan Menteri
Rang undang-undang berkaitan sumber air akan dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun hadapan bagi melindungi sumber air dan mengelak krisis bekalan air negara.