awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara lain tidak akan serang Myanmar, seperti AS lakukan terhadap Iraq - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/09/2019
20:39 MYT
Negara lain tidak akan serang Myanmar, seperti AS lakukan terhadap Iraq - Tun Mahathir
Dr Mahathir bercakap pada sesi soal jawab seiring Forum Pemimpin Dunia di Columbia University, 25 Sept, 2019. Foto PMO/Nurhilmy Basiron
Rakyat Myanmar yang enggan menolak kerajaan junta pentadbiran Aung San Suu Kyi menyukarkan lagi usaha penghantaran pulang etnik Rohingya ke Rakhine.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kini peranan menyelesaikan krisis itu terletak di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jelasnya, negara-negara yang berkepentingan dalam isu ini tidak akan sama sekali menghantar tentera dan menyerang Myanmar seperti yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Saddam Hussein di Iraq.
“Jika Myanmar kata jangan masuk ke negaranya, jangan masuk. Tidak boleh, kerana ia salah. Jadi jelas kelemahan PBB dalam perkara ini apabila kerajaan (Myanmar) secara jelas bertindak kejam kepada rakyatnya dan kita (penduduk dunia) tidak mampu berbuat apa-apa.
“Kita boleh berhujah, kita berdoa, minta mereka (kerajaan Myanmar) untuk tidak melakukan perkara itu, tetapi mereka masih boleh meneruskan tindakan (kejam) itu kerana kita tidak menyerang negara lain untuk menjatuhkan rejim.
“Tetapi apabila Saddam (Hussein) didakwa membunuh rakyat atau menjadi diktaktor, Amerika Syarikat (AS) masuk (ke Iraq) untuk menjatuhkan Saddam dan berjaya.
"Tiada siapa yang akan menyerang atau menjatuhkan kerajaan. Jadi, untuk satu tempoh yang panjang, penduduk di Rakhine akan terus menderita,” katanya pada sesi soal jawab seiring Forum Pemimpin Sedunia di Columbia University di sini pada Rabu.
Jelasnya, Suu Kyi juga dilihat gagal untuk membela rakyatnya yang ditindas seperti apa yang dilakukan warga dunia sewaktu beliau dikenakan tahanan rumah.
Tambah Dr Mahathir, walaupun dunia bercakap soal hak asasi manusia, keamanan sejagat dan penghapusan peperangan, namun tiada apa yang mampu dilakukan tatkala sesebuah negara melakukan kekejaman terhadap penduduknya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Aung San Suu Kyi
#diktator
#kekejaman
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#Myanmar
#PBB
#Rakhine
#Rohingya
#Saddam Hussein
#serang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan