NATIONAL
Negara menua: "Kerajaan tidak duduk sahaja, kita sedang pantau" - Nancy

Menurut Nancy (kanan), kerajaan juga tidak berdiam diri berkaitan isu negara menua, malah berusaha mengalakkan masyarakat yang sudah cukup umur untuk berkahwin. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang memantau rapat isu mengenai negara menua yang ditimbulkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ringkasan AI
- Kerajaan memantau isu negara menua dan berusaha menggalakkan perkahwinan serta pembentukan keluarga muda, termasuk menyediakan rawatan kesuburan seperti IVF dan IUI dengan kos lebih rendah melalui LPPKN.
- Untuk membantu pasangan yang bimbang tentang kos sara hidup, kerajaan menawarkan subsidi penjagaan anak di taska serta pelepasan cukai bagi mereka yang menjaga ibu bapa. Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga muda.
- Malaysia sedang menuju status negara menua, dengan kadar kelahiran hidup menurun sebanyak 11.5% dalam suku pertama 2024. Kerajaan mengambil langkah-langkah bagi menangani trend ini dan memastikan keseimbangan demografi.
Dalam pada itu Nancy menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif telah digerakkan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembentukan keluarga muda.
Antaranya adalah menyediakan rawatan kesuburan seperti Persenyawaan In Vitro (IVF)dan Inseminasi Dalam Rahim (IUI) dengan kos yang lebih rendah di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
"Kami ada melalui LPPKN, kita ada pelbagai cara untuk membantu. Jadi kita tahu ada yang tidak dapat bersalin, kalau perempuan tidak dapat ada anak, tidak dapat mengandung, kita ada buat IVF untuk mereka untuk dapat mengandung. Ada IUI, dan macam- macam lagi sekarang ini," katanya lagi.
Nancy turut menyentuh mengenai pasangan yang gusar untuk mendapatkan anak berikutan kos sara hidup yang menjadi perhatian mereka.
“Ada yang takut kos tinggi kalau ada anak. Jadi kita bantu melalui subsidi penjagaan anak di taska kerajaan, dan pelepasan cukai kepada mereka yang menjaga ibu bapa,” tambahnya.
Menurut rekod DOSM pada Rabu, Malaysia menuju ke arah menjadi negara menua dengan jumlah kelahiran hidup direkodkan menurun sebanyak 11.5 peratus kepada 93,500 berbanding 105,613 kelahiran pada suku tahun pertama 2024.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami