KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sebuah kerajaan baharu yang mempunyai barisan kepimpinan yang tegas dan berani dapat ditubuhkan bagi menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.
Anwar menjelaskan, untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan.
"Kita jelaskan untuk tangani masalah ekonomi ini kita perlu sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini kerana banyak badan perniagaan seperti badan perniagaan Jepun dan Jerman yang menjelaskan bahawa dasar kita ini cacamarba, mereka tidak jelas.
"Kerana itu kita perlukan satu pendekatan yang tetap, tidak boleh ambil pendekatan yang digunakan satu tahun setengah yang lalu, ulang pendekatan yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.
"Pada pandangan saya, yang perlu dilakukan ialah memperlihatkan dasar yang jelas bahawa beberapa bidang ekonomi dengan syarat-syarat dengan ketat, dengan SOP, dengan vaksin harus dibuka bertahap dan dipantau dengan ketat supaya orang boleh cari makan dan hidup," katanya menerusi satu video yang disiarkan di Facebooknya.
Anwar mengakui bahawa apa yang beliau cadangkan itu mempunyai risiko namun ia boleh dilaksana dengan dasar jelas yang diyakini pelabur.
Beliau juga menegaskan keadaan bertambah rumit apabila beberapa individu masih memikirkan tentang kepentingan dan keuntungan sendiri.
"Ini bukan ekonomi, ini melahap harta rakyat, itu beza, jadi kalau kita tumpu, bersihkan dari gejala-gejala tamak haloba ini ekonomi boleh dipulihkan.
"Saya yakin kita boleh pulihkan dengan cara bertahap, saya tidak bersetuju buka secara sewenang-wenangnya melainkan proses vaksin kepada semua baru boleh buka, dan dipantau baru boleh buka ekonomi," katanya lagi.
Menyentuh soal pendidikan, Anwar mempersoalkan adakah persediaan yang cukup telah dibuat sebelum membuka sesi persekolahan pada 1 September nanti.
"Persoalan apakah semua guru telah divaskin, bagaimana jaminan keselamatan guru dan pelajar bila sekolah dibuka. Apa langkah bagi guru dan pelajar di zon merah?" katanya.
Beliau turut mempersoalkan janji pemberian tablet yang dibuat kira-kira setahun yang lalu yang masih belum diterima sebahagian besar pelajar.
Irwan Muhammad Zain
Thu Aug 12 2021
Anwar mempersoalkan adakah persediaan yang cukup telah dibuat sebelum membuka sesi persekolahan pada 1 September nanti. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta
Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.
Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Najib Aroff & Farhan Hakimi;
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
Baucar buku boleh didapati di aplikasi DELIMa hari ini - KPM
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa semua murid dan pelajar boleh mula mengakses aplikasi tersebut bagi tujuan berkenaan.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.