awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Bernama
Bernama
30/05/2024
09:12 MYT
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Anwar berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum.
"Semoga sambutan ini juga menyemarakkan perasaan kasih sayang dan keamanan berkekalan, serta melimpahkan rezeki dan kemakmuran buat negara.
"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Pesta Kaamatan, yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai, disambut di Sabah hari ini manakala Hari Gawai di Sarawak jatuh pada Sabtu dan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ucapan selamat menyambut
#Pesta Kaamatan
#Hari Gawai
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan