awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion tahun lepas

Bernama
Bernama
29/04/2025
05:08 MYT
Negeri Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion tahun lepas
Aminuddin berkata, sepanjang tempoh 2019 sehingga Disember 2024, jumlah keseluruhan pelaburan asing yang diluluskan di Negeri Sembilan dalam pelbagai sektor ekonomi adalah RM24.1 bilion. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatatkan pelaburan berjumlah RM7.25 bilion tahun lepas, dengan 208 projek diluluskan meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama pelbagai kementerian tahun lepas, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata RM3.4 bilion atau 46.9 peratus daripada jumlah itu adalah pelaburan asing yang melibatkan projek berteknologi tinggi.
Beliau berkata projek itu melibatkan pembesaran Safran Landing Systems (RM650 juta) dari Perancis; Fraser and Neave (RM1.8 bilion) dari Amerika Syarikat dan Singapura; AntMed Malaysia (RM700 juta) dari China; MyNAFCO Malaysia (RM300 juta) dari Taiwan dan projek pembesaran Shin Heung Sec (RM100 juta) dari Korea Selatan.
"Sepanjang tempoh 2019 sehingga Disember 2024, jumlah keseluruhan pelaburan asing yang diluluskan di negeri ini dalam pelbagai sektor ekonomi adalah RM24.1 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau), diwakili Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-Jeram Padang), mengenai jumlah pelaburan asing di negeri ini bagi tempoh Januari 2024 hingga Februari 2025.
Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata data rasmi daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi pelaburan suku pertama tahun ini dijangka diumumkan pada Mei.
Bagaimanapun, berdasarkan rekod kelulusan projek daripada Invest NS, bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini sebanyak enam projek diluluskan dengan anggaran pelaburan RM1.505 bilion, katanya.
"Daripada jumlah tersebut, empat projek melibatkan pelaburan asing iaitu dari On Semiconductor (Amerika Syarikat), T. Hasegawa Flavour dan Medijoy (Jepun) serta In Win Asia (Taiwan).
"Berdasarkan rekod MIDA, tarikan pelaburan sepanjang tahun lepas mencipta 4,684 peluang pekerjaan baharu. Jumlah ini melebihi angka pada 2023 yang menawarkan 3,250 peluang pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#DUN Negeri Sembilan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan