awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2024
06:00 MYT
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Jalaluddin ketika menjawab soalan lisan berkenaan pada Rabu.
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, bagaimanapun pengusaha perlu menepati dua syarat utama iaitu aktiviti penternakan hendaklah dijalankan secara moden dan ditutup secara menyeluruh, keduanya, tiada sebarang kotoran dilepaskan dari pusat penternakan.
"Justeru, taskforce yang ditubuhkan sebelum ini telah mengadakan sesi libat urus bersama pemilik pada 20 November 2021 di Dewan Kampung Baru Tanah Merah Site A.
"Berdasarkan dapatan daripada sesi townhall yang diadakan, 53 peratus telah mengemukakan maklum balas borang soal selidik.
"Daripada hasil dapatan soal selidik ini, 79 peratus responden melibatkan pemilik berhasrat untuk menjual tanah terbabit sama ada secara terus atau beserta infrastruktur," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Yew Boon Lye (PH-Chuah) mengenai isu penyelesaian PFA di Bukit Pelandok pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini pada Rabu.
Jalaluddin (BN- Pertang) berkata, statistik ini dijadikan asas dalam perancangan pembangunan serta sebagai panduan bagi berkaitan aktiviti penternakan di kawasan ini berikutan dapatan tersebut, taskforce berkenaan telah mencapai objektif penubuhannya.
"Kini, usaha rundingan pembangunan sedang digalas agensi berkaitan pelaburan negeri bagi mengenal pasti pelabur yang bersesuaian dalam usaha pelaksanaan perancangan melibatkan kawasan tersebut.
"Kawasan PFA yang melibatkan 374 lot ini berada berhampiran dengan kawasan sempadan Sepang dan Port Dickson.
"Menilai kepada kemajuan kawasan sekitar dan kedudukan kawasan ini, perancangan pembangunan melibatkan parcel pembangunan MVV 2.0 direncanakan secara holistik di kawasan PFA," katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, mengenai taskforce itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan penubuhannya untuk mengkaji pembangunan kawasan PFA pada 3 Februari 2021.
"Taskforce ini dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan membincangkan isu-isu pelaksanaan pembangunan kawasan PFA seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan dan penyelesaian.
"Di samping itu, taskforce juga berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh serta bertindak sebagai pemudahcara bersama pihak-pihak berkepentingan yang terlibat.
"Ini antara inisiatif kerajaan negeri dalam membantu menyelesaikan isu yang telah berlarutan lebih daripada 20 tahun ini," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#ladang babi
#Bukit Pelandok
#jalaluddin alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan