awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan bawa 20 liter petrol, dalam perjalanan ke jeti

Sinar Harian
Sinar Harian
23/02/2023
23:45 MYT
Nelayan bawa 20 liter petrol, dalam perjalanan ke jeti
Nelayan maut, anggota tentera parah, dua motosikal bertembung di Pantai Remis. - Foto JBPM
MANJUNG: Nelayan yang maut dalam kemalangan dua motosikal di Batu 17 Pantai Remis pada pagi Khamis dipercayai dalam perjalanan ke jeti dengan membawa bersama bahan api bagi kegunaan enjin bot.
Semasa kejadian sekitar jam 7 pagi itu, Ramli Abdul Hamid, 60, menunggang motosikal jenis Yamaha membawa tong berisi minyak petrol.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Pantai Remis menghala ke Panchor telah membelok ke simpang kiri.
Menurutnya, dalam masa sama, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak mengakibatkan pelanggaran berlaku.
"Akibat pelanggaran ini, kedua-dua motosikal bersama penunggang terbakar.
"Seorang daripada mereka rentung dan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah akibat terbakar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati, penunggang motosikal Yamaha ada membawa tong berisi 20 liter minyak petrol.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mangsa yang parah telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ramli Abdul Hamid
#Batu 17 Pantai Remis
#tong berisi minyak petrol
#minyak enjin bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan