awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan dikhuatiri hilang di Pulau Talang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/01/2021
21:24 MYT
Nelayan dikhuatiri hilang di Pulau Talang
Pasukan unit selam Maritim Negeri Perak diarahkan serta-merta ke lokasi kejadian kerana bot yang tersangkut dilaporkan hampir tenggelam. - Foto Maritim Malaysia
LUMUT:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak mengaktifkan Op Mencari dan Menyelamat (SAR) setelah menerima laporan mengenai insiden sebuah bot tongkang pasir tersangkut pada pukat bot nelayan tempatan di posisi 10.3 batu nautika Pulau Talang sekitar jam 7.15 awal pagi semalam.
Pengarahnya, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, sejurus menerima maklumat, bot BENTENG 6 dan KM TUGAU Maritim Malaysia serta pesawat udara CE 208 Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, mendapati dua kru warga Myanmar berada di atas kapal tongkang pasir tersebut cuba menyelamatkan diri, manakala seorang lagi kru yang juga warga Myanmar berumur lingkungan 40 tahun disyaki hilang.
“Pasukan unit selam Maritim Negeri Perak telah diarahkan serta-merta ke lokasi pada tengah hari semalam kerana bot tersebut dilaporkan hampir tenggelam," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Shahrizan berkata, maklumat sama turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan ‘Maritime Component Operation Comander’ (MCOC).
Menurutnya, kedua-dua kru yang terselamat berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke Jeti Kampung Acheh bagi tujuan bantuan kebajikan dan siasatan lanjut.
“Keadaan laut yang bergelora dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter dan cuaca yang tidak menentu di lokasi kejadian menyukarkan operasi mencari,” ujarnya.
Operasi ini dihentikan jam 7.30 malam tadi dan disambung semula mulai jam 7.00 pagi ini.
Topic Berkaitan
#nelayan
#lumut
#bot
#bot tongkang pasir
#bot tersangkut
#Maritim Malaysia
#warga myanmar
#SAR
#Pulau Talang
#Shahrizan Raman
#unit selam
#tenggelam
#Kapal tongkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan