awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan hilang selepas bot dipanah petir ditemui mati

Bernama
Bernama
09/05/2021
04:39 MYT
Nelayan hilang selepas bot dipanah petir ditemui mati
Mayat nelayan itu telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat.- Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila bot dinaikinya disambar petir, ditemui lemas tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mayat Mohd Nasir Marzuki, 23, ditemui nelayan tempatan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Merbok pada pukul 12.30 tengah malam.
"Pihak bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) telah bertindak ke lokasi dan membawa naik mayat mangsa, dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mayat nelayan itu telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat.
"Operasi SAR (mencari dan menyelamat) ditamatkan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Nasir dikatakan keluar untuk menangkap ikan bersama seorang rakannya dari Jeti Pengkalan Bakar Arang, dekat sini kira-kira 12 tengah malam.
Pada pukul 4 pagi semalam ketika berada kira-kira 300 meter dari pantai, bahagian hadapan bot mereka tiba-tiba disambar petir menyebabkan Mohd Nasir pengsan dan terjatuh ke dalam sungai, lalu terus hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tangkap ikan
#bomba
#hilang
#polis
#mayat
#lemas
#mangsa
#mati
#operasi
#nelayan
#bot
#Adzli Abu Shah
#jatuh
#sungai merbok
#pengsan
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan