awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Vietnam kibar Jalur Gemilang untuk kaburkan APMM dicekup

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/08/2017
13:06 MYT
Nelayan Vietnam kibar Jalur Gemilang untuk kaburkan APMM dicekup
Bot nelayan asing Vietnam yang ditahan APMM itu cuba meneglirukan pihak berkuasa dengan memasang Jalur Gemilang dan bendera Sarawak. - Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak berjaya menghidu taktik terbaharu nelayan Vietnam apabila menyamar sebagai nelayan tempatan, ketika berada di perairan negara ini.
Mereka bukan sahaja bercakap dalam bahasa Melayu, bahkan menukar cat bot seperti bot nelayan tempatan, lengkap dengan nombor pendaftaran selain mengibarkan bendera negeri Sarawak dan Jalur Gemilang.
“Namun kami tidak mudah tertipu. Kami telah mendapat maklumat dan risikan awal menunjukkan ia maklumat yang sahih.
“Kemudian pasukan ronda dapat menghidu penipuan mereka berdasarkan bentuk kapal yang digunakan,” kata Pengarah APMM Daerah Maritim Kuching, Shahref Steve Mac Queen Abdullah.
Menurutnya, hasil pemeriksaan pada jam 10.30 pagi Sabtu di kawasan kira-kira 100 batu nautika dari Tanjong Po itu, APMM telah berjaya menyelamatkan lebih 3,000 kilogram pelbagai jenis ikan dari perairan negeri ini.
Katan Shahref, kesemua anak kapal yang ditahan ini berusia di antara 16 hingga 45 tahun dan telah dua minggu berada di lautan.
“Mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat rawai, dengan hasilnya dipercayai dijual kepada kapal induk yang berlabuh di sempadan perairan antarabangsa.
Kesemua mereka katanya, akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda di antara RM100,000 hingga RM1 juta setiap seorang atau berhadapan hukuman penjara.
Pada masa yang sama, bot dan segala kelengkapan menangkap ikan mereka pula boleh disita oleh pihak berkuasa.
Ini merupakan kes tangkapan nelayan ke-29 yang melibatkan nelayan Vietnam oleh Maritim Malaysia Wilayah Sarawak dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, berbanding 14 tangkapan sepanjang tahun lalu, katanya lagi.
Topic Berkaitan
#APMM
#Jalur Gemilang
#nelayan
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan