NATIONAL
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis

Seorang nelayan warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan kerana memiliki 100.04 gram kanabis. -Gambar hiasan
KANGAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis seberat 100.04 gram pada Ogos lepas.
Ringkasan AI
- Thanakrit Srichan, seorang nelayan warga Thailand, dijatuhi hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan kerana memiliki 100.04 gram kanabis.
- Kesalahan berlaku di Pos Kawalan Imigresen, ICQS Wang Kelian pada 5 Ogos.
- Dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan.
Nelayan terbabit dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis Nurul Idayu Ismail dan Suriati Yahaya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami