KUALA LUMPUR :Artis Nelydia Senrose hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd selepas syarikat kosmetik berkenaan memenangi kes saman terhadap heroin filem 'Jebat' itu, yang didakwa melanggar perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah memerintahkan Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 26, membayar ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Chriszen Malaysia selaku plaintif.
Hakim itu memerintahkan Nelydia selaku defendan kedua, membayar ganti rugi khas bagi penyediaan acara berjumlah RM16,869.03, ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan pelakon itu juga diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.
Mengenai kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang sepatutnya dikembalikan semula kepada plaintif, mahkamah berpendapat defendan kedua hanya perlu membayar RM62,275 selepas mengambil kira pelakon itu telah membelanjakan RM40,000 bagi sesi fotografi.
Shamsudin, dalam penghakimannya berkata Nelydia tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan itu.
"Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya," kata hakim itu.
Shamsudin berkata plaintif telah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 tentang acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh tersebut turut dipersetujui oleh syarikat yang menyelia dan menguruskan Nelydia iaitu Alfie Management Sdn Bhd bagi pihak selebriti berkenaan.
Bagaimanapun, hakim itu berkata pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar telah dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.
Mahkamah juga berpuas hati bahawa Nelydia sendiri telah mengetahui bahawa beliau tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun hanya menunggu 19 hari kemudian iaitu pada 12 April tahun sama untuk memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.
"Mahkamah berpuas hati bahawa mesyuarat yang diadakan pada 12 April 2019 adalah atas inisiatif plaintif dan jika tidak kerana mesyuarat itu, plaintif tidak akan tahu yang defendan kedua tidak dapat hadir pada acara tersebut.
"Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan yang menunjukkan defendan kedua (Nelydia) gagal mematuhi terma-terma perjanjian dan tindakan plaintif mengeluarkan notis 30 hari kepada defendan kedua untuk menjawab e-mel yang dihantar kepadanya adalah berasas.
"Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan defendan kedua telah gagal untuk membuktikan pembelaannya. Oleh yang demikian, tuntutan saman plaintif dibenarkan," kata hakim itu lagi.
Pada 7 Okt 2019, Chriszen Malaysia menyaman Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam penyataan tuntutan, Chriszen Malaysia berkata Nelydia, yang membintangi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' telah dilantik sebagai duta jenama Chriszen melalui satu perjanjian bertarikh 21 Dis 2018 dan berdasarkan perjanjian, kedua-dua defendan perlu mempromosikan produk syarikat termasuk membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial.
Syarikat kecantikan dan penjagaan kulit itu mendakwa pada Mac 2019, Nelydia telah bersetuju untuk menghadiri satu acara pelancaran media 'Match Matte Serum Foundation' yang akan berlangsung pada 25 April 2019.
Bagaimanapun, dakwa plaintif pada 12 April tahun sama, pihaknya telah dimaklumkan bahawa Nelydia tidak akan menghadiri acara tersebut tanpa apa-apa penjelasan yang munasabah.
Syarikat itu mendakwa, defendan pertama iaitu Alfie Management, yang menyelia dan menguruskan selebriti itu juga tidak mengambil apa-apa langkah untuk membetulkan ketidakhadiran artisnya atau memberi penjelasan yang munasabah.
Menurut Chriszen Malaysia, atas persetujuan Nelydia untuk menghadiri acara tersebut, plaintif telah membuat penyediaan bahan pemasaran dan promosi termasuk menyewa jurudandan serta model untuk demonstrasi pelancaran solekan.
Dakwa plaintif, ketidakhadiran Nelydia telah menyebabkan reputasi Chriszen Malaysia tercalar dan syarikat itu terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM61,702.40 selain menuntut kedua-dua defendan memulangkan semula kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang telah diberikan kepada mereka.
Dalam prosiding itu, Chriszen diwakili peguam Tan Eng Keat dan Lim Sin Yee, manakala Nelydia yang tidak hadir diwakili peguam Amirul Izzat Hasri dan Lim Zi-Han.
Bernama
Tue Oct 13 2020
Hakim memerintahkan Nelydia membayar ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Chriszen Malaysia selaku plaintif. Gambar Instagram @nelydiajewels
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Nelydia Senrose diperintah bayar ganti rugi lebih RM89,000 kepada Chriszen
Nelydia Senrose diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd.
Tak sampai seminggu, filem Jebat berjaya raih kutipan RM1.3 juta
Siapa dah tonton filem Jebat?
Gambar sekitar kemeriahan majlis resepsi Hafez dan Nelydia Senrose
Memang sama cantik sama padan.
"50 shades of roses" - Meriah 'bachelorette party' Nelydia Senrose
Selepas kecoh isu 'bridal shower' Nelydia Senrose yang dikatakan meniru budaya Barat, pelakon itu mencuri perhatian pula menerusi acara bachelorette party pada hujung minggu lalu.
Nelydia terpaksa tangguh kahwin
Pelakon cantik, Nelydia Senrose terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya dengan kekasih hati, Hafiz.
'Mula-mula takut, tapi lepas lihat Kaabah, saya...' - Nelydia Senrose
Nelydia berangkat ke sana bersama ahli keluarganya, termasuklah Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose.
"Sepatutnya saya kahwin dengan Hafiz tahun lepas, tapi..." - Nelydia Senrose
Tapi apa tu?
Uqasha, Nelydia, Raysha sekeluarga berangkat ke tanah suci tunai umrah
Selamat menunaikan umrah...
Nelydia Senrose bakal umum tarikh perkahwinan dan dengan siapa
Pelakon jelita, Nelydia Senrose dikhabarkan akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya.
Barisan selebriti pun sudah mengundi, anda?
Turut tidak ketinggalan adalah barisan selebriti yang juga keluar beratur menunggu giliran untuk membuang undi di kawasan masing-masing.