KAMPALA: Seorang wanita Uganda berusia 70 tahun menjadi ibu tertua di Afrika yang berjaya melahirkan anak kembar melalui rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF).
Safina Namukwaya melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan dengan kaedah pembedahan caesarean pada Rabu lalu di sebuah hospital di Kampala, tempat dia mendapatkan rawatan IVF sebelum ini.
Menurut BBC, hospital itu mengucapkan tahniah kepadanya dan menyatakan bahawa kelahiran itu sebagai 'kejayaan perubatan' di hospital tersebut.
Pakar kesuburan di Pusat Kesuburan dan Hospital Wanita Antarabangdsa (WHI&FC), Dr Edward Tamali Sali memberitahu BBC bahawa wanita itu menggunakan telur penderma dan sperma pasangannya untuk melakukan IVF.
"Bayi itu dilahirkan secara pramatang yang memasuki 31 minggu dan diletakkan dalam inkubator. Mereka kini stabil.
"Kami berjaya membantu Safina melahirkan anak kembar luar biasa pada umur 70 tahun dan merupakan ibu tertua di Afrika," menurut kenyataan WHI&FC dalam akaun Facebook.
Menurut BBC, ia merupakan kelahiran kedua bagi wanita itu dalam tempoh tiga tahun.
Kelahiran pertama adalah seorang bayi perempuan pada tahun 2020.
"Saya pernah menjaga anak orang dan melihat mereka membesar dan meninggalkan saya sendirian.
"Saya tertanya-tanya siapa akan menjaga saya nanti apabila sudah tua," katanya. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 03 2023
Safina berjaya lahir anak kembar pada usia 70 tahun. - Foto Agensi
Milennia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif
Fasiliti moden disuntik elemen 'zen' ala resort dibina khusus buat mereka di usia emas dan sebagai kesediaan negara berdepan status 'menua.'
Apple Store bakal buka kedai pertama di Malaysia di The Exchange TRX pada 22 Jun
Kedai Apple Store di The Exchange akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand.
Ganesan, 'mekanik' kereta api teruskan legasi keluarga
Ganesan merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang bekerja dalam bidang berkaitan kereta api.
[INFOGRAFIK] Carta Aliran Mengerjakan Haji
Berikut adalah info berkenaan dengan Carta Aliran Mengerjakan Ibadah Haji.
Puasa sunat Arafah, kenapa digalakkan dan tidak wajib?
Pembimbing Ibadat Haji, Ustaz Mohamad Abdullah memberi pencerahan kenapa mereka yang tidak berada di Tanah Suci sangat digalakkan berpuasa pada hari Arafah sedangkan ia tidak diwajibkan kepada mereka yang mengerjakan haji.
Ada apa dengan Padang Arafah? Ini pencerahan pembimbing ibadat haji
Padang Arafah yang menjadi tumpuan perhimpunan terbesar umat Islam dalam menunaikan ibadat haji mempunyai signifikan tersendiri yang boleh dikaitkan dengan sejarah mengenai wahyu kepada Nabi, mesej dalam khutbah terakhir dan juga medan memohon pengampunan atas dosa-dosa yang dilakukan manusia.
Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat
"Cuma, saya ada prinsip, tidak boleh pegang-pegang (bersentuhan) dan jaga waktu solat."
AWANI Pagi: Subsidi diesel, apa nasib bas persiaran
Menelusuri cabaran industri bas persiaran dalam era pengurangan subsidi diesel. Bagaimana perubahan ini akan mempengaruhi pelancongan di Malaysia?
Ikuti AWANI Pagi untuk ketahui perbincangan mengenai topik ini.
Ikuti AWANI Pagi untuk ketahui perbincangan mengenai topik ini.
Rumah 1916: Waris keluarga AlBakri gembleng usaha pulihara rumah warisan lebih 100 tahun
Enggan melihat bangunan itu runtuh dan lenyap begitu saja, Zahim selaku salah seorang waris mengetuai projek pemuliharaan rumah tersebut.
32 eksperimen demi keselesaan jemaah haji
Kementerian Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi melaksanakan 32 eksperimen tahun ini sebagai sebahagian usaha menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada jemaah.
Nenek 70 tahun lahir anak kembar guna kaedah IVF
Safina Namukwaya melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan dengan kaedah pembedahan caesarean pada Rabu lalu.