awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek, cucu rentung dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2024
23:00 MYT
Nenek, cucu rentung dalam kebakaran
Kebakaran di Kampung Matan, Ranau, malam tadi, membabitkan sebuah rumah dan menyebabkan dua mangsa rentung. - Foto Sinar Harian
RANAU: Seorang wanita warga emas bersama cucunya ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Matan, di sini, pada malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Jafflan Sigal, 60, bersama cucunya dikenali sebagai Carla berusia empat tahun dipercayai terperangkap manakala ibu kepada kanak-kanak tersebut sempat keluar dari rumah tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari BBP Ranau selepas menerima panggilan pada jam 10.53 malam.
"Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal terbakar 100 peratus dan operasi memadam api segera dilakukan menggunakan sumber air dari tangki jentera serta pili bomba berhampiran.
"Hasil pemeriksaan terdapat dua mangsa rentung ditemui dalam bilik manakala seorang lagi wanita sempat keluar dari rumah tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya lagi, api berjaya dikawal pada jam 11.45 malam namun kerja memadamkan sepenuhnya kebakaran masih dijalankan setakat tengah malam tadi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nenek rentung
#rumah terbakar
#bomba Ranau
#Kampung Matan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan