awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
29/07/2024
15:21 MYT
Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata ini kerana kerusi DUN Nenggiri perlu kembali kepada BN dan isu pembangunan di kawasan itu akan terjaga jika gabungan politik berkenaan menang pada PRK tersebut. - Gambar fail/Bernama
GUA MUSANG: Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kerusi DUN Nenggiri perlu kembali kepada BN dan isu pembangunan di kawasan itu akan terjaga jika gabungan politik berkenaan menang pada PRK tersebut.
"Oleh itu, saya meminta pengerusi agensi masing-masing memainkan peranan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
"Pelbagai usaha dilakukan oleh semua agensi terutama KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) dan FELDA yang banyak membangunkan kemajuan di Kelantan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN di pejabat UMNO Bahagian Gua Musang hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata penduduk perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu pembangunan di Kelantan.
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PRK Nenggiri
#Felda
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan