KUALA LUMPUR:Segelintir rakyat Malaysia perlu diberi nasihat dan peringatan dalam memberikan komen-komen dalam media sosial, terutamanya ketika negara masih lagi berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, tegas Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor.
Mengambil contoh sesetengah cercaan netizen terhadap lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia baru-baru ini, beliau berkata, tindakan itu mencemarkan imej negara dengan penggunaan perkataan yang sangat memalukan.
Mohd Roslan dalam satu kenyataan hari ini berkata, lawatan itu amat penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia, merangkumi pelbagai perkara utama termasuklah usahasama menangani pandemik COVID-19.
“Ianya bukan lawatan peribadi mahupun untuk bercuti. Ia adalah menjalankan tugas negara. Sudah tentu menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjalankan tugas sebaiknya demi menjaga nama baik negara ini.
“Pihak Pejabat Perdana Menteri juga telah menjelaskan dengan begitu terperinci sekali mengenai SOP yang berkaitan dengan lawatan tersebut dimana ia melibatkan jumlah rombongan yang minimum, menggunakan pesawat kerajaan, ahli rombongan tidak dibenarkan ke tempat-tempat lain, melakukan swab test, kuarantin dan sebagainya yang berkait dengan pencegahan penularan wabak COVID-19,” katanya lagi.
Malangnya, tambah Mohd Roslan lagi, terdapat golongan tidak bertanggungjawab memberikan komentar yang mencemarkan imej negara dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sangat memalukan.
Komen-komen menggunakan perkataan jelek itu, tegasnya lagi, secara langsung menunjukkan tiadanya penghayatan kepada Rukunegara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
“Dimanakah kesopanan dan kesusilaan tersebut apabila komen-komen perkataan jelek ini digunakan?” soalnya lagi.
Selain itu Mohd Roslan turut mempertikaikan netizen yang seakan tidak menghormati Istana Negara apabila dengan beraninya ‘menyerang’ pentadbiran kerajaan melalui Facebook rasmi Istana Negara.
“Ini memberi indikasi bahawa mereka tidak menghormati kebijaksanaan YDPA (Yang di-Pertuan Agong) dalam melantik Perdana Menteri. Perkara sebegini jika dibiarkan boleh merosakkan sistem kemasyarakatan negara kita dengan kebebasan tanpa batasan yang seakan tidak mempunyai sistem kawalan.
“Kita mahukan supaya semua lapisan masyarakat dapat menjiwai Rukunegara, kesopanan dan kesusilaan yang seharusnya menjadi teras utama rakyat negara ini,” katanya lagi.
Justeru, beliau berkata, PINTAR ingin menasihatkan para netizen supaya lebih berhemah dan menjaga setiap perkataan yang diungkapkan.
PINTAR juga, tambahnya lagi, menggesa pihak kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai implikasi yang mereka terpaksa hadapi sekiranya tidak mengawal amarah dan emosi terutama ketika memberikan komen-komen dalam laman sosial.
Firdaus Azil
Tue Feb 09 2021
Mohd Roslan berkata, tindakan netizen itu mencemarkan imej negara dengan penggunaan perkataan yang sangat memalukan. - Foto APIUM, UM
Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih
Haid adalah anugerah Allah dan tidak menghalang wanita dari mendapat haji mabrur.
AWANI Pagi: Bujang Lapok Kembali Daa
Karya Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, akan kembali menemui peminat, menerusi pementasan naskah teater Bujang Lapok Kembali Daa. Dua tonggak utama naskah ini, Pengarah Teater, Siti Sarah Ahmad Jamil (Mummy Sarah) dan Pengolah Skrip serta Pelakon Utama Mohd Suffian Md Yasan akan berkongsi kisah mereka dalam Awani Pagi 7.30 pagi.
Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Chef Wan mohon maaf, kenyataan disalah anggap
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan, 66, atau mesra disapa Chef Wan tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap segelintir pihak.
Pelajar tidak duduki SPM dipelawa mohon GiatMARA
Pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dipelawa memohon latihan di GiatMARA.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
'My Translate', terjemahan pintar buatan tempatan
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) PADA RABU, memeterai memorandum persefahaman (MoU), bagi membangunkan sistem terjemahan pintar dikuasakan kecerdasan buatan (AI), 'MyTranslate'.
Singapura jamin beri kerjasama kepengerusian ASEAN 2025
Singapura memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyokong kepengerusian ASEAN oleh Malaysian pada tahun depan.
Netizen kritik lawatan PM ke Indonesia, memalukan dan cemar imej negara - PINTAR
Prof Dr Mohd Roslan berkata, tindakan netizen itu mencemarkan imej negara dengan penggunaan perkataan yang sangat memalukan.