awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netumbo Nandi-Ndaitwah angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Namibia

Bernama
Bernama
22/03/2025
13:00 MYT
Netumbo Nandi-Ndaitwah angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Namibia
Sebagai presiden kelima Namibia sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1990, Nandi-Ndaitwah memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan 57 peratus undi. - Gambar Reuters
WINDHOEK: Netumbo Nandi-Ndaitwah mengangkat sumpah pada Jumaat sebagai presiden wanita pertama Namibia selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, lapor Xinhua.
Dalam satu majlis yang bertepatan dengan ulang tahun kemerdekaan Namibia ke-35, Nandi-Ndaitwah secara rasmi memegang jawatan, menggantikan Presiden Nangolo Mbumba yang sebelum ini mengambil alih kepimpinan susulan kematian bekas Presiden Hage Geingob pada 2024.
Sebagai presiden kelima Namibia sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1990, Nandi-Ndaitwah memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan 57 peratus undi.
"Tugas yang menanti saya sebagai presiden kelima Republik Namibia adalah untuk memelihara pencapaian kemerdekaan kita dalam semua aspek serta memastikan agenda yang belum selesai bagi kemajuan ekonomi dan sosial rakyat dapat diteruskan dengan penuh semangat dan tekad bagi mencapai kesejahteraan seimbang untuk semua," katanya dalam ucapan sulungnya sebagai presiden.
"Saya optimis bahawa, sebagai sebuah negara, kita boleh mencapai kejayaan. Kita mesti bekerjasama sebagai rakyat yang bersatu hati dan satu fikiran," tambahnya.
Majlis angkat sumpah itu dihadiri ketua-ketua negara dari beberapa negara Afrika serta pemimpin organisasi antarabangsa dan serantau.
Nandi-Ndaitwah, 72, adallah ahli parti pemerintah Namibia, Parti Pertubuhan Rakyat Afrika Barat Daya (SWAPO), parti pemerintah Namibia sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1990. Beliau menyertai parti itu ketika ia memimpin perjuangan kemerdekaan dan sejak itu memegang pelbagai jawatan kanan.
Nandi-Ndaitwah menjadi anggota Dewan Negara pada 1990 dan dilantik sebagai menteri kabinet pada 2000, mengetuai Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Kanak-Kanak. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai menteri penerangan dan penyiaran, menteri alam sekitar dan pelancongan, serta menteri luar. Pada Februari 2024, beliau menjadi naib presiden wanita pertama Namibia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Presiden Wanita
#ulang tahun kemerdekaan
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan