KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau dan syarikatnya mengalami kerugian dan bukan kerajaan akibat kegagalan projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Mohamad Salleh, 74, berkata ini kerana wang NFCorp telah dirampas dan kerajaan menggantungkan projek tersebut.
"Saya yang menanggung kerugian, bukan anda (kerajaan). Anda membekukan, merampas wang dan menggantung projek itu. Anda tidak membina rumah penyembelihan.
"Saya telah menghabiskan semua masa saya untuk menjayakan projek itu. Selepas anda merampas wang itu, projek itu tidak dapat diteruskan lagi," kata Mohamad Salleh sambil menambah kerana kerugian yang ditanggung, beliau memfailkan tuntutan balas RM86 juta terhadap kerajaan.
Dia berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Kanan Persekutuan, Asliza Ali, mewakili kerajaan, pada perbicaraan kes saman kerajaan menuntut NFCorp membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas.
Asliza: Saya menyatakan kepada anda bahawa pertikaian anda mengenai kerugian NFCorp adalah satu dakwaan dan tidak dibuktikan dan disokong oleh dokumen dibentangkan di mahkamah?
Mohamad Salleh: Tidak betul. Kita ada semua bukti.
Mohamad Salleh, yang merupakan suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, menafikan syarikat itu tidak mencapai sasaran pengeluaran 6,000 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menurut Laporan Ketua Audit.
"Syarikat itu berjaya membawa masuk lebih 8,000 ekor lembu dari Darwin, Australia. Bagaimanapun, syarikat itu tidak mencapai sasaran pengeluaran lembu kerana kami tidak mempunyai rumah penyembelihan yang mencukupi untuk menyembelih lembu itu," katanya.
Mohamad Salleh, selaku defendan kedua, berkata daripada jumlah itu (8,000), sebanyak 5,743 ekor lembu telah disembelih dari 2008 hingga akhir 2010 di rumah penyembelihan mini yang dibina syarikat itu kerana kerajaan tidak menyediakan kemudahan sedemikian.
"Berdasarkan sasaran pengeluaran, kami perlu menyembelih 700 ekor lembu setiap hari, tetapi rumah penyembelihan mini yang kami bina hanya mampu mencecah 30 ekor lembu sehari.
"Tidak kira berapa banyak lembu yang kami bawa, kami masih tidak dapat memenuhi sasaran kerana kekurangan rumah penyembelihan," katanya.
Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan selaku plaintif tunggal, menamakan NFCorp sebagai defendan pertama manakala Mohamad Salleh dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, sebagai defendan kedua hingga kelima.
Selain itu turut dinamakan defendan adalah enam syarikat dikawal keluarga tersebut yang dinamakan "Keluarga Salleh" iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd; Real Food Corporation Sdn Bhd; Meatworks Corporation Sdn Bhd; Agroscience Industries Sdn Bhd; Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan mendakwa satu perjanjian telah ditandatangani dengan NFC pada 6 Dis 2007 bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, sebahagian daripadanya digunakan untuk membiayai penubuhan dan operasi Pusat Fidlot Nasional, selaras dengan dasar untuk membangun serta meningkatkan pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu.
Dakwa plaintif, pinjaman itu disalurkan kepada NFCorp dalam tiga peringkat, dan keluarga Mohamad Salleh membuat 10 pengeluaran berjumlah RM180.51 juta dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.
Perbicaraan di hadapan hakim Anand Ponnudurai disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Mohamad Salleh (kanan) berkata, kerana kerugian yang ditanggung, beliau memfailkan tuntutan balas RM86 juta terhadap kerajaan. - Bernama
[TERKINI] Suri rumah didakwa bunuh tiga pelajar UiTM layak dibicarakan
Suri rumah yang didakwa menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Unversiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun layak dibicarakan dan memberi pengakuan.
Ronaldo kekal di Al-Nassr sehingga tahun depan
Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran Al-Nassr untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun depan dan akan terus beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi itu.
Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200
Ia berkait dengan isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip, walaupun Nvidia mengatakan isu ini telah diselesaikan.
AWANI Ringkas: Penyanyi dikir barat, lima yang lain didakwa kes dadah01
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Sonos letak jawatan
Pencarian CEO baharu telah dimulakan untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.
Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Mahkamah tolak permohonan CEO GISB, isteri cabar penahanan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB dan isteri yang ditahan mengikut SOSMA.
53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
NFCorp: 'Saya yang rugi bukan kerajaan' - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh, 74, berkata ini kerana wang NFCorp telah dirampas dan kerajaan menggantungkan projek tersebut.
Tipu NFCorp: 'Saya mahu betulkan keadaan' - Shamsubahrin
Ahli perniagaan yang dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana pertuduhan menipu Pengerusi NFCorp itu mahu membetulkan keadaan dengan menebus hutang syarikat itu.