Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming menzahirkan perasaan kesalnya yang mendalam kerana menyiarkan sekeping foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bersama-sama beberapa anggota Kabinet dalam laman Facebooknya pada Mac tahun lepas.
Dalam kenyataannya bagi tujuan merekodkan persetujuan penghakiman persetujuan, yang dibacakan peguamnya, Alex Tan Chie Sian di Mahkamah Tinggi, Nga berkata dalam semangat muhibbah, beliau menarik balik komen berkaitan gambar itu dan berjanji tidak akan menyiarkan perkara serupa pada masa akan datang.
"Saya difahamkan bahawa gambar yang dimaksudkan itu diambil di China ketika Perdana menteri membuat persiapan untuk pulang ke Malaysia apabila mendapat perkhabaran tentang kemangkatan Sultan Perak, Azlan Shah, dan oleh itu, saya menyatakan perasaan kesal yang amat mendalam kerana gambar itu telah disalah anggap dan dilihat secara di luar konteks," katanya.
Sehubungan itu, saman fitnah yang difailkan perdana menteri dan isteri tehadap Nga berhubung gambar yang disiarkan Nga dalam laman Facebooknya selesai apabila kedua-dua pihak bersetuju terhadap penghakiman persetujuan.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib and Rosmah, berkata susulan kepada kenyataan Nga itu, kliennya bersetuju menerima penghakiman persetujuan, yang direkodkan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid.
Mohd Hafarizam juga memberitahu mahkamah bahawa berikutan keikhlasan Nga dalam menzahirkan kekesalan mendalam, kesediaan menarik balik komen dan janjinya untuk tidak akan menyiarkan perkara sama pada masa akan datang, maka plaintif (Najib dan Rosmah) menerima kenyataan yang dibuat defendan.
Peguam itu berkata klien beliau mengarahkan agar Nga memuat naik kenyataannya yang dibacakan di mahkamah hari ini dalam akaun dan laman Facebooknya dalam masa tujuh hari mulai hari ini dan penghakiman persetujuan itu perlulah dianggap sebagai penyelesaian secara penuh dan muktamad daripada semua punca tindakan, dakwaan, tuntutan serta kos dan perkara itu diselesaikan tanpa perintah berkaitan kos.
Pada 11 Jun tahun lepas, Najib, dalam kedudukan peribadinya, dan Rosmah, memfailkan saman terhadap Nga dengan mendakwa bahawa pada 29 Mac 2015, defendan memuat naik sekeping foto mereka bersama-sama beberapa anggota Kabinet dan pegawai kanan Wisma Putra dalam akaun Facebooknya, yang didakwa diiringi dengan kata-kata yang merendah-rendahkan mereka.
Plaintif mendakwa tulisan Nga itu memfitnah mereka dan mudah diakses para pengguna Internet di seluruh dunia.
Najib mendakwa kenyataan Nga itu, antara lain, membawa maksud beliau menyalahgunakan kuasa dan mandatnya sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri dan isteri beliau.
Kenyataan itu juga menyifatkan Rosmah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana didakwa mempengaruhi suaminya sebagai perdana menteri supaya menyalahgunakan kedudukan beliau dan didakwa mencampuri sistem pentadbiran negara.
Dalam kenyataan media kemudian, Mohd Hafarizam berkata tindakan yang diambil kliennya terhadap defendan adalah bagi mendapatkan ketenangan dan pewajaran serta bukan berniat tidak baik untuk meletakkannya dalam keadaan menjelikkan.
Bernama
Mon May 16 2016
Nga berkata dalam semangat muhibbah, beliau menarik balik komen berkaitan gambar itu dan berjanji tidak akan menyiarkan perkara serupa pada masa akan datang. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Nga Kor Ming kesal siarkan foto Najib, Rosmah di Facebook
Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming menzahirkan perasaan kesalnya yang mendalam kerana menyiarkan sekeping foto Perdana Menteri dan isteri, di laman Facebook.